Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, August 2, 2011

Selasa 2/8/11

Berbuka hari kedua Ramadhan ni disponsor oleh Restoran Hamidiah, Fair Park Ipoh, disertai oleh Tn Haji Hamid sekeluarga dan sanak saudaranya, selepas solat Maghrib acara sumbangan wang kepada anak2 ni kemudiannya mereka bersurai...

Hari ni ada beberapa orang yang berkunjung kesini untuk menyampaikan sumbangan, dimulai oleh seorang yang tidak dikenali namanya datang menghantar kurma sekitar jam 10:00am..Kemudian datang pula En. Ismail dan isteri Pn. Asma yang menyerah wang untuk tujuan majlis berbuka yang dibooking mereka.

Selepas itu ada lagi seorang penyumbang dari Tg. Rambutan juga untuk menghantar sumbangan..kemudian datang seorang guru tuisyen dari Bercham yang boleh dikategori sebagai penderma tetap kami. Kemudian di ikuti oleh Tn Hj Hamid yang sponsor berbuka petang ini.

Dan yang terakhir seorang lagi penderma tetap En. Mazlan yang ditemani oleh Pak Ali pengusaha kedai makan di jalan masuk Rumah Murah Tambun melalui jalan kampung...kerana jambatan tak boleh dilalui..

No comments:

Post a Comment