Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, February 23, 2011

Catatan hari ini Rabu 23/2/11

Rasanya hari ni tidak ada  cerita menarik yg nak dituliskan disini..Persekolahan berterusan seperti biasa tidak ada masalah begitu juga mengaji Quran berjalan mengikut jadual yg ditetapkan cuma hari ni sejak 4.30pm hujan turun selebat2nya sampai Maghrib..bagaikan air dicurah2 cuma tidak disertai kilat dan guruh..Yang seronok itik dan angsa landing dalam lopak yg berair kejar mengejar kemudian masing2 mengemaskan bulu nampak rapi dan segak...
Bila ayam2 dah banyak yg mati secara mengejut dan yg disembelih pun dan banyak ekor rasa tak berseri dah reban ayam kerana terasa lengang bila yg tinggal hanya angsa2 dan itik serta beberapa ekor anak ayam yg dibeli itu hari..itu pun ada yg turut terkena jangkitan dan beberapa ekor dari nya dah mati. Anak2 ayam itupun dah membesar tapi bilangannya agak kecil sementara anak2 yg baru menetas bertambah dan telur2 yg belum menetas pun banyak juga lagi..Rasanya kita hanya akan memberi tumpuan kepada ayam dan itik yg sedia ada buat sementara ni dan tak perlu utk menambah yg baru dalam keadaan yg tak menentu ni. Ada orang bagi tahu di sebelah Kedah sekarang ini penyakit hawar melanda disesetengah tempat mengakibatkan ayam2 habis mati..
Satu hal yg jelas sekarang bila reban dah lengang tanpa ayam2 yg banyak macam dulu geng2 Kurma pun taklah ghairah sangat nak masuk keluar dalam reban tu...moyok ler masing2 macam tak bermaya pula jadinya..masa ayam banyak dulu depa laksana tentera semut sentiasa sibuk keluar masuk keluar masuk dalam reban tu...tangkap tu tangkap ayam ni, pindah yg ni kesana sini ikut pandai2 depa ...seorang yg disuruh lima orang yg pergi tanpa disuruh punya kalangkabut berebut2 sampai kita naik serabut..
Sekarang lega lah sikit ...

No comments:

Post a Comment