Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, February 3, 2011

Rangkuman cerita hari ini Khamis 3/2/11

Pukul  4.50am siren dibunyikan untuk bersahur dan semua bangun bersahur 5.20am kemudian bersiap utk solat Subuh diikuti dengan mengaji Quran 7.15am dan masuk kelas jam 8am.....

Ada gangguan letrik hari ini dan anak-anak belajar dalam kelas yang tidak berkipas dan berlampu..

Ada tamu datang utk mengundang anak-anak ini kemajlis bercukur dan seorang pelajar KMB tahun lepas datang menyampaikan kiriman kawannya kepada Izzati dan Imah.

Lepas Zohor angah cuba memotong kayu2 utk dijadikan reban arnab dan tempat ayam bertelur......

Seekor arnab yang dibeli semalam nampak tidak segar dan mengalami cirit birit....

Keluar selepas Isya' mencari ubat utk arnab dan mengambil sisa makanan di restoran Bunga Lawang utk makanan ayam seperti yg dipersetujui....

Angah telefon minta balik segera kerana arnab yg sakit tu semakin tenat dan kami pun bergegas balik dan arnab tu sudah tidak bergerak tapi kami cuba juga suapkan air campuran ubat dan vitamin utk ikhtiar terakhir menyelamatkannya. Telefon us Amin katanya kadang2 arnab ni boleh pengsan mcm mati, tapi tak mati...tak tau la nak kata..keadaannya lembik mcm mati cuma badannya ada sdkt rasa panas lagi....tunggulah sampai esok.

No comments:

Post a Comment