Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, February 5, 2011

Sabtu 5/2/11

Selepas mengaji Quran pagi ni ada aktiviti gotong royong mengemaskan lagi reban ayam, itik dan angsa selepas anak-anak ni menjumpai lagi bangkai ayam yang dibunuh anjing tersorok ditepi padang permainan depa...Hal ini membuatkan mereka semakin teruja utk menjaga ayam-ayam yang ada jangan keluar dari kawasan kerana tidak diketahui bila anjing ini datang mencari mangsanya...tiba-tiba saja ada ayam yang dibunuh dan ditinggalkan dengan badan yang ditebuk terburai gitu jer...bukan dimakan pun..
Tghari tadi ada dua pelajar dari UniKL(British Malaysian Institute -BMI) yg ingin mendapat kebenaran utk menjalankan aktiviti amal di asrama ni pada tarikh yang akan diberitahu nanti...dan pada ptg pula ada orang menyumbang sajian makan petang berupa pulut dan rendang ayam dan kuih muih......
Pada jam 7.45 datang pula Hjh Hamidah dan adik lelakinya utk menghantar nasi kenduri kahwin adik lelakinya itu yg berlangsung hari ini disebelah pengantin perempuan katanya.....yg sebelahnya pula akan diadakakan di KL...
Lepas maghrib tadi anak-anak ni makan laksa penang cetusan idea ummi setelah agak lama depa tak dijamu laksa, dan selepas Isya' pula ada majlis ilmu yang disampaikan oleh us Najmi Hakim kawan angah semasa disekolah Idrisiah K.Kangsar..sekarang sedang bercuti sakit ekoran kemalangan baru2 ni..bertugas sbg M.A di hospital Alor Setar dan lepas cuti nanti akan bertukar ke IJN....lepas majlis anak-anak ni dijamu lagi dg nasi kenduri tu...phuuuuh sedap nasi dan lauk serta acar buahnya yg mencairkan air liur....bapa oiii. Tapi terkenangkan rakyat Mesir yg bertarung utk menentang diktator Hosni Mubarak yg zalim tu tanpa makanan dan minuman berkampung di medan Tahrir dah beberapa hari...makan pun jadi tak berselera...Masih ingat lagi itulah laluan walid semasa bertugas di Maspero Radio TV Mesir dipesisiran Sg Nil dulu.....
kuliah isya' oleh us najmi hakim










Terjadilah bagai yg diduga.......

Petang ni dapat lah satu aduan dari budak2 perempuan...apa dia nyer? Pintu tandas yg baru dipasang di atas sana dah jatuh...ada yang didalam tak mau tutup rapat dan yg diluar pula nak tolong tutup berlaku sorong tarik lagu mana agaknya lekang dan relai katanya.....malas nak naik dalam keadaan darah tinggi dan sakit gout ni....tunggu abg Kamarul balik nanti.....mcm2.....

No comments:

Post a Comment