Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, February 18, 2011

Tamu Jumaat 18/2/11 dan MELUR 10

Alhamdulillah syukur kita panjatkan ke Hadrat Allah SWT yg terus menghantar ke asrama ni setiap hari insan2 yg perihatin dg anak2 yatim...insan2 yg berjiwa mulia dan istiqamah dalam membantu kami mengurus anak2 yatim ni..
Hari ni jam 10.30 asrama kami dikunjungi oleh sepasang suami isteri yg merupakan penyumbang tetap dari Tmn Rimba Tambun iaitu Kak Mah dan suami. Mereka ni akan datang setiap bulan utk menyampaikan sumbangan samada dalam bentuk beras atau wang atau kedua2nya sekali..mcm hari ni dtg menyampaikan beras dan wang..Suaminya seorang pesara dan menderita sakit tulang belakang, tidak pernah turun dari kereta kerana pergerakan yg banyak akan menyakitkannya...Kami pun baru tahu cerita penyakit sisuami ni bulan lepas bila kak ni mendedahkan kenapa suaminya diam dalam kereta..malah kata isterinya, kadang2 terpaksa berhenti ditepi jalan apabila diserang kesakitan hingga terpaksa tunggu sakitnya reda baru sambung balik perjalanan...kesan dari pelbagai jenis kerja lasak dizaman muda..tambah isterinya. Tapi demi menyumbang utk anak yatim ni digagahinya juga walaupun terpaksa mengalami kesakitan...Rasanya kak Mah ni suri rumah sepenuh masa..Bulan lepas kita ada cadangkan kpd kak Mah ni supaya ke pekan Kg Gajah sbb disana ada klinik Homeopathy Dr Jamalullail. Dr Jamal ni seorang yg pelik gak sbb dari getaran suara  dia dapat ceritakan apa penyakit anda. Dia boleh teka apa anda alami walaupun dengar suara menerusi telefon..ada orang kata dia guna jin ler sihir ler dan mcm2 lagi..tapi setiap kali dengar azan dia akan tinggalkan kelinik gitu saja utk terus ke masjid atau surau, dia pengikut Tabligh..yg tuduh jin dan itu ini pula lari bila dengar azan...Masa ummi kena stroke dulu dan masuk wad hospital Ipoh selama berapa minggu kemudian dibenarkan balik dan disuruh menjalani therapy genggam kacang, naik tangga turun tangga tanpa diberitahu apa punca strok...misteri..darah normal, kencing manis tak ada..scan dah.. xray dah.. CAT dah.. tapi no result...Bila jumpa Dr Jamal dia ceritakan masalahnya ialah tulang belakang yg keempat dan lima sudah haus menyebabkan sarafnya bermasalah justeru tak boleh gerakkan tangan..lagi katanya dengan satu set ubat tak cukup sekurang2nya dua set...Alhamdulillah selepas habis dua set tu dg takdir Allah pulih seperti biasa.....
Kita ceritakan lagi  ada kak Zai  yg nak ke Mekah musim haji yg lepas tiba2 tak lepas sbb darah tinggi kata doktor hospital, kami cadangkan pi jumpa Dr Jamal...diapun pergi terus ptg tu juga...seminggu slps tu pergi check..hasilnya doktor pakar marahkan doktor yg tulis darah tinggi...dan kak Zai dpt pergi dan balik dg selamat. Cumanya ummi tak tanya pula tadi samada depa pergi atau tidak jumpa Dr Jamal..mungkin masalah sapa nak memandu dari Ipoh ke Kg Gajah yg memakan masa satu jam lebih....
Sebelah petangnya ada orang datang menyumbang  tiga bungkusan besar kerepek ubi kayu dan bawang..cuma kami keluar waktu tu tak tahu siapa tapi dibuku pelawat ada tulis Kamariah Jamly, mungkin puan ni agaknya...
Paklang datang hampir pukul 7pm bersama tukangnya untuk final touch wakaf yg dah siap tu..lepas solat Maghrib dan makan nasi goreng mereka balik ke Sg Petani.....

Majlis MELUR (Melentur Rebung) 10

nan pengerusi mlm ni

hafiz quran pembukaan majlis

nurul hafazan juz amma

dif kehormat...konon

penonton puteri

husna cerita ayam jantan yg sombong

udin bersajak penuh gaya

imah dan atirah berdialog

aizat bersajak
meleleh

danial bergurindam no title


hakim..pantun teka teki 

rauf bercerita

sarah bersajak penuh perasaan

atifah menjampi serapah

che on alpa

bashirah ceramah spontan...

tokwan bercerita

anas berhikayat

nasyid maulid



jamal cerita mcm mana nak tgkp ayam utan

atikah sajak spontan gak...
Ulasan yg ummi berikan persembahan malam ni ada kemajuan dan peningkatan...semoga Melur 11 akan lebih menyerlah lagi.....

No comments:

Post a Comment