Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, February 4, 2011

Hari Jumaat 4/2/11 Bapa arnab mati...

Arnab yg kita harapkan sekadar pengsan malam tadi memang dah sampai ajalnya..mati dalam keadaan misteri kenapa? Dimana salah silapnya, apa yg buatkan dia cirit birit sdgkan yg lain ok..kami merujuk laman2 sesawang perihal menternak arnab ni tapi tak jumpa punca yg menasabah diberikan..tak kan disebabkan terlalu banyak tangan memegangnya..atau tarik telinga atau salah beri maka sbb yg lain no hal...
Hari ni ada jemputan kemajlis kesyukuran menimang cucu, jadi pembelajaran disingkatkan lebih awal dari biasa setakat waktu rehat 10.30am sahaja dan selepas itu mereka dijemput kerumah kenduri. Sementara walid sekeluarga bertolak ke Relau utk melihat mak dirumah adik walid mak tam Pidah mengambil kesempatan angah masih ada dirumah utk jadi pemandu kami kesana. Kami sampai disana sewaktu azan kedua dikumandangkan dan sempat mengikuti khutbah dimasjid pekan Relau.
Lepas selesai Jumaat kami singgah tengok kebun rambutan yang diusahakan ayah ummi dulu tapi nampaknya dah penuh semak dan jadi belukar, banyak pokok dah mati..dulu kebun rambutan ini hebat dg baka terpilih dari jenis deli, anak sekolah dll..memang sedap.. kini hanya kenangan dan tak berani nak singgah kepondok dalam kebun tu takut ada pambu tedung selar ke atau ular senduk..kemungkinan ada itu tak boleh dinafikan....Kami sampai kerumah mak tam dah hampir 3pm..pak tam sdg makan nasi..kami dah makan pun di R&R Bukit Merah sebab angah rasa lapar. Mak walid (tok Jah) sakit urat pinggang sejak semalam lagi dan terbaring..katanya nak bergerak utk duduk sakit sangat..tak berselera nak makan, hanya minum susu saja..tanya teringin nak makan apa..mak hanya geleng2 kepala..lepas minum susu walid cuba urut pinggang dan belakang, memang ada ketulan angin dibahagian tengah belakang dan juga kat pinggang..ada kut setengah jam urut pakai minyak hangat afiat lepas tu mak kata sudahlah....bila ketulan angin dibelakang dipecahkan nampak boleh duduk bersandar ke tiang beralaskan bantal dan mau makan cekodok dan bubur lambok...4 pm mak ngah Indon (kak walid) dan pak ngah Zahir datang dari Kulim utk ziarah tok Jah...jam 5.15pm kami pun beredar pulang kerana teringat anak-anak yatim nak gi program malam ni.
Satu hal yg terlepas pandang ialah malam ni sepatutnya ada MELUR ke 8. Tapi ummi telah terlupa dan terlepas cakap menerima jemputan kenduri lepas maghrib diluar....jadinya terpaksa batallah majlis tu malam ni sbb selalunya Melur dimulakan jam 9...ni pukul berapa nak balik kalau pukul dekat 8.30 baru pergi....ini jadi peringatan lain kali apa jua undangan tidak boleh diterima pada setiap Jumaat malam.










Pukul berapa mereka balik ke asrama? Hampir pukul 11p.m. Dimana tempatnya..di kg Seri Kinta rupanya..Kenduri arwah kata ummi..sempena anak beranak pakat balik cuti tahun baru cina ni gamaknya..ummi kata masakannya sedap giler...seven jenis lauk maa.

No comments:

Post a Comment