Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, May 8, 2011

Ahad 8/5/11

Sekarang jam 8:31am anak2 ni masih membaca Al-Quran dan yang dah selesai asyik membelek beg yang mereka dapat semalam dari dua program berisi macam2 jajan...tiap sorang dapat dua beg..Hisyam dan Hafizan pun dah biasa nampaknya dengan benda2 ni...dah tak jakun macam mula2 dapat ari tu.. sapa pun tak boleh sentuh begnya...takut orang curi ler...

Jam 9:00am gotong royong mengemaskan dewan diadakan untuk memindahkan katil2 besi, tilam dan kusyen serta membersihkan bilik dari sang tikus. Walid dan ummi mesti berada ditempat operasi baru kerja berjalan dengan licin dan beres...jika tidak ianya akan menjadi gelanggang permainan...Alhamdulillah gotong royong pagi ni berjaya membersihkan dan mengosongkan sebuah bilik dan seekor ibu tikus dapat ditangkap dan dibunuh mereka..

Sekitar jam 10:30am datang En. Marzuki dan keluarga dari Tambun untuk menyumbang beberapa beg beras..beliau dah pernah datang ke sini beberapa kali terutamanya isteri beliau tapi ini kali pertama berjumpa walid kata suami isteri tu...

Selepas solat Zohor walid dan ummi balik kampung di Parit Buntar kerana dikhabarkan emak walid sakit...dan kami balik dari Kg Kedah jam 6:10pm...dan ummi sempat membeli karipap dan cucur badak dari jiran sebelah rumah di Kg. Kedah...

Semasa ketiadaan kami tadi datang pula Cikgu Im bekas guru di Giatmara Tambun menghantar kopiah untuk anak2 di sini....

No comments:

Post a Comment