Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, May 12, 2011

Rabu 11/5/2011

   Maaf sebab semalam tidak sempat mengupdate blog kerana walid terlalu sibuk sejak dari balik sekolah sehingga 2 pg. Hari ini persekolahan berjalan seperti biasa, pukul 10 am, ada suami isteri datang mengunjungi asrama ini buat kali pertama, dalam rangka untuk meninjau lokasi rumah anak yatim kami kerana mereka akan datang esok sekitar jam 10 pagi untuk menyampaikan sumbangan. Suami isteri yang datang ini adalah pesara bekas pengetua Sekolah Teknik Jalan Brash dan isteri beliau juga seorang guru. Cikgu Hariri ini mewakili sekumpulan aktivis masyarakat yang mereka tubuh sendiri sebagai jemaah masjid An-nur, Ulu Kinta. 
    Katanya kumpulan ini giat mencari dana untuk membantu sekolah agama dan rumah anak yatim. Terdahulu mereka telah menghulurkan sumbangan ke sekolah SRATI dan sebuah lagi sekolah agama yang lain. Beliau terbaca tentang asrama anak yatim kita ini semasa berada di kedai fotostat dan terpandang kalendar asrama  di situ. Justeru beliau datang untuk meninjau tempat ini, tapi melalui jalan kampung oleh itu, walid nasihatkan agar menggunkan jalan tepi Sg. Pinji, lebih mudah untuk sampai ke asrama. Katanya esok beliau akan datang bersama rakan dan berharap dapat berjumpa walid sekitar jam 10am bertujuan untuk menyampaikan sumbangan katanya. Cuma, walid  terlupa untuk memberitahunya kemungkinan walid akan ke Alor Star seawal 7.30am kerana urusan rasmi sekolah untuk membeli buku-buku rujukan Bahasa Arab. So , maybe ummi will welcome them on behalf of walid to receive their donation.
   Today, we take an opportunity to make another gotong- royong inside our kitchen. And we found so many secret that hidden by our ex-maid. May Allah forgive her. Kami terperanjat apabila mendapati sekotak besar sabun mandi yang disumbang orang disembunyikan. Begitu juga berkotak2 buah kurma yang telah rosak dan macam-macam lagi yang selama ini kita betul-betul amanahkan padanya. Ummi naik terkejut apabila melihat hal ini dan tak sangka sampai ke peringkat itu. Segala peralatan permainan seperti reket badminton, bola pingpong juga disembunyikan di dapur semata-mata cemburukan anak-anak yatim yang mendapat perhatian orang ramai ini. Milo juga disorok sehingga expired. Begitu juga dengan air kotak yang disumbangkan orang..dan tadi kami jumpa beberapa kilo gula yang disorok habis kena kencing tikus 
   Barulah ummi menghela nafas lega bila dia berhenti. Dan nampaknya budak-budak kita faham bahawa mereka perlu membantu ummi kerana mereka pun ingin duduk dalam suasana kondusif kerana selama ini mereka  dalam ketakutan. Bila walid dan ummi keluar tinggalkan dia menjaga anak2 ini bermacam2 laporan yang kami terima dari bebudak ni..kena baling dengan selipar, penyapu, maki hamun mereka dengan anak syaitan, kejar budak dan pukul dengan hanger sehingga yang sedang solat pun dia bantai lagi dari belakang...

Sebelum solat Asar tadi datang keluarga En. Hassan dan isterinya seorang doktor. Datang untuk apa? Sama juga dengan masalah kami..iaitu maid Indonesia mereka telah mencuri passport dia sendiri dan minta nak pegang wangnya sendiri...bila Sdr Hassan sedar hal ini dia pun mencari dimana passpot yang disimpannya dan tidak berjumpa sehingga terpaksa hubungi isterinya supaya balik...selepas isterinya balik dan tanya sendiri pun masih tidak mengaku sehingga kata dua diberikan kepadanya nak laporkan kehilangan passpot kepada polis barulah dia keluarkan passpot itu dalam simpanannya...Jadi mereka datang petang ni ialah nak hantar balik maid mereka kepada Lilis yang usahakan orang sekampungnya datang ke M'sia ni...Serik kata depa dengan kerenah maid Indon ni...

Kelas tahfiz berjalan dengan tiga orang tenaga pengajar selain kembar tu...yang baru ni namanya Faiz dari Tm. Perpaduan...anak sahabat walid...Cukup dulu takat tu...








No comments:

Post a Comment