Saturday, May 7, 2011

Sabtu 7/5/11

Apa cerita hari ni? Sekarang anak2 tengah bersarapan selepas mengaji Quran pukul 7:30am tadi...Hari ini mereka ada undangan majlis kesyukuran di Kg Tersusun Bt 8 Ulu Kinta jam 12:30pm...dalam pada itu sebaik saja mereka pergi ada pula katering  datang menghantar nasi ayam dan air minum...katanya ada orang pesan untuk hantar makanan ke sini....ditunjuknya alamat dan no telefon asrama ni. Oleh kerana anak2 ni dah pergi dia hanya tinggalkan segala bekasannya dan akan datang mengambilnya sebelah petang.

Selang tak lama datang pula satu keluarga yang bertanyakan ada tak orang hantar nasi ayam...rupanya mereka nilah orang yang nak kenduri tu..mereka jadi terkejut bila dikatakan budak2 ni ada jemputan luar...kenapa terkejut? Kerana hajat mereka nak sambut besday anak kat sini...so moyok ler sejurus bila lihat lengang.......lalu ummi tefon abang Kamarul minta balik cepat kerana ada orang nanti...kebetulan masa tu mereka sedang makan..jadi lega ler sikit tetamu ni bila dapat tahu bebudak ni dah nak balik...

Balik jer budak2 ni terus buat  doa selamat dan makanlah kek dan coklat yang dibawa kerana itu saja yang boleh masuk pun disebabkan kekenyangan baru balik jamuan....apa pun terubatlah hati tetamu yang datang kerana majlis hari jadi disambut oleh anak2 yatim tercapai....nasi ayam tu delay lah lepas solat Asar ni ......semua yang terjadi ini kerana datang mencari tarikh kemudian balik nak berunding dengan katering tapi tak tefon semula lepas tu jadi ke atau tidak.....

Petangnya walid, Danial, Udin dan Jamal mengecat pintu asrama tahfiz dan memasang plywood sebelah dalam pintu disamping welding grill tangga yang telah lekang dibantu oleh tok wan yang pandai ukur mengukur....dalam tengah bertukang tu  datanglah katering untuk mengambil perkakasnya dan bertanya ada tak orang datang selepas mereka hantar nasi ayam tadi...kami kata ada...merekapun beredar pulang setelah bersembang sekejap.

Sebelum Maghrib anak2 ni dijemput pula ke majlis kenduri kesyukuran mendapat cucu di Tm. Bercham Raya dijemput dengan bas baru saja balik pada jam 9:15pm...begitulah cerita hari ini...

No comments:

Post a Comment