Monday, May 30, 2011

Isnin 30/5/11 Cerita hari ni...

Tahfiz pagi ni ada...tapi yang tinggal hanya Che On, Rauf, Hakim dan yang balik sekejap Danial, Aizat, Hafiz dan Iwan. Sementara yang dah balik cuti ialah Sarah dan Hafiz, Basirah dan Nurul, Atikah dan dua adiknya Atirah dan Tifah yang balik ditemani Aizat..Ikin dihantar oleh Iwan, Nan diambil paksunya..Yang tak tau untung nasib mereka sama ada dapat balik atau tidak ialah Jamal dan the gang; Udin, Amin dan Fikah sebab mak depa tak dapat dihubungi kerana tukar no tefon. Husna gitu juga puas tefon maksunya tak berangkat. Ati, Imah dan Anas tak dipedulikan langsung oleh keluarga...
Jam 7:00pm tadi angah dan kak Izzah baru jer sampai balik dari mengambil Aizat di stesen bas Ipoh Medan Kid dan menghantar Husna di Sauk, K.Kangsar setelah berpuluh2 kali tefon menggunakan no hp yang kami ada, maksu dier, kakak dier dan makcik dier...tadi pagi ummi ada terima sms kosong dari no makcik dier, bila ummi call balik dapatlah cakap suruh amik Husna ni namun ngaku kosong jer..tak ada tindakan..Beginilah kita terpaksa terima...Ya tak ya kita kena hantar...setelah mencuba selama 2 hari...Sampai dirumah depa, angah kata ada 4 buah kereta kat rumah opah dia..macam ada kenduri...Dulu maksu dier kahwin langsung tak diberitahu dan tak dijemput si Husna ni..Sekali ni kita suruh buat i/c budak ni sebelum hantar balik ke asrama..biar ada tanggungjawab sikit kat anak sedara ni...sama2lah kita lihat nanti...
Pukul 10:00am tadi Hisyam, Hafizan dan Hakeemy telah di ambil oleh ibu angkat depa Pn Yati..Ummi kata si Hisyam pada mula kereta sampai tu buat dek dan pandang selenga jer kat ibu angkat ni hinggalah apabila abang2nya masukkan beg dalam kete barulah dia tersedar dari lamunan dan ikut depa masuk keketa. Mungkin dok fikir kut..aku ni balik terus ke atau balik kejap..Rupanya mak angkat ni dok mengikuti perkembangan depa melalui catatan kita ni...
Semalam ada suami isteri datang berkunjung ke sini En Hazrin dan Pn Azi, suaminya HA di Hospital Bahagia tapi tak dapat datang program hari jururawat tu..kebetulan masa tu Hisyam ada dekat situ lalu walid suruh dia nyanyikan lagu yang kat dewan hari tu..dia malu2...bila datang jer Hafizan suruh dia nyanyikan alasannya pakcik dan makcik ni tak dapat datang semalam...tanpa teragak2 dia tarik Hisyam..bagi salam dan terus berdendang...tersenyum tetamu kami dibuatnya....

No comments:

Post a Comment