Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, May 16, 2011

Isnin 16/5/11 Cerita hari ni...

Hari ini peperiksaan bermula di Maahad Dar'us-Salam ni..dari jam 8:30-12:00. Si Hisyam, Hafizan dan Hakeemy pun terlibat sama dalam kelas pra.. Hari ini periksa BI dan Sejarah utk tingkatan. Sementara rendah 3,4,5dan 6 BI dan KT. Yang pra pula BI dan Matematik. Semua berpuasa setakat ini..Alhamdulillah..
Sekarang ni jam 3:45pm semua berada dalam surau untuk mengaji mengadap tiga orang ustaz al hafiz yang datang ngajar mereka..sampai waktu Asar..
Si Hisyam ini ada penyakit apa entah ler....pagi ni menurut ummi dia kencing dalam seluar sekolah..lepas tu kencing dalam seluar sekali lagi pukul 3 tadi tapi tak ngaku bila walid suruh abang dia si Hafizan cium seluar yang dipakainya Hafizan kata bau kencing dijelingnya Hafizan sambil tangan berjalan nak mencubit kawan tu..suruh Jamal yang dipanggilnya abang Jem pulak cium...memang sah kencing..walid suruh abang Jem bawak dia kebilik air untuk basuh dan salin seluar lain....
Angah dan kak Izzah sekarang di JPN untuk buat passpot antara bangsa dan nak ambil kad pengenalan Ati yang dah siap...passpot dah boleh siap tadi cuma tersangkut bila ditanya kakak, kamu dilahir di Egypt..apa bukti kamu balik ke M'sia dengan saper.. mana passpot ibu kamu...tak terfikir sampai ke situ...ok datang Rabu petang..hanya yang beres ialah k/p Ati...Masa balik depa beli ayam percik untuk berbuka..Hisyam berjaya berpuasa penuh hari ini, good boy!! Sengih dia..bila diberi pujian..makan nasi tambah dua kali..Alhamdulillah berselera depa tiga beradik..Semalam makan tengah hari kari ummi..tiga kali menambah nasi.
Tamu hari ini rasanya ada tiga orang jer...sorang datang pukul 9:30am, dari Tm. Desa Tambun..menyumbang wang dan bertanya apa lagi keperluan di sini..Yang kedua datang pukul 12.30pm..datang menyumbang wang juga dari Kg. Tersusun Bt 5, Tambun. Yang akhir datang hampir jam 7:00 iaitu pengusaha kantin Raja Perempuan School En. Tajuddin dan Pn. Nah isterinya..Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment