Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, March 3, 2011

Rangkuman catatan hari ini....

Hari ni Khamis hari berpuasa buat semua warga Dar'us-Salam, begitu juga persekolahan berjalan seperti biasa. 
Jam 11:00am En Aziz dari Carsem datang utk memberitahu program terdekat berkaitan dg Carsem dan asrama ni..antaranya meja bankuasi sebanyak 15 unit akan sampai esok Jumaat, pertandingan futsal yang akan diadakan pada 6/3 di Buntung dan beberapa unit peralatan Carsem yg akan dilupus kiranya berminat akan diusahakan utk dihantar kesini...
11.30am datang Pn Yati dari Tmn Rimba Tambun untuk minta anak2 yatim membaca Yasin supaya anak saudaranya dapat posting di Ipoh..


Sebaik persekolahan berakhir pada 2.00pm kami dikunjungi oleh dua orang pelajar BMI Gombak yang datang untuk mengenalpasti dan mengambil gambar lokasi yang sesuai utk dijadikan perpustakaan, salah satu projek dari lawatan amal yang akan diadakan pada 3April akan datang..tapi semua ini tertakluk kepada perbincangan mereka dg pensyarah dan surat rasmi akan menyusul kemudian.



dua pelajar BMI
Semasa kami keluar utk membayar bil2 ada lagi orang datang utk minta baca Yasin buat cucu mereka yg kritikal kerana tumor dalam kepala.

Jam 6.15pm Us. Mohd Ali datang bersama isteri dan anak2 utk minta di belah mulut (tahnik) anaknya yg baru lahir dan baru keluar dari hospital kerana kuning...

Majlis berbuka puasa petang ni tidak ada sesiapa sponsor...masakan makcik Lilis sambal tumis sotong dan sayur lemak kobis...

No comments:

Post a Comment