Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, March 6, 2011

Hebat!!...hebat!!

Tak sangka ler plak....perlawanan futsal anjuran Kilang Carsem hari ni yg berlangsung di gelanggang futsal Buntung menyerlahkan bakat terpendam dikalangan anak2 yatim kita..Apa dia futsal pun tarak tau apa..tapi boleh menang gak kat depa. 
Menamakan pasukan depa dg nama Rajawali cadangan Aizat. Pertama kali bertarung dengan Carsem United mereka menang 3-1 dua gol dijaringkan bergaya oleh Danial sementara Aizat merembat satu gol..penjaga gawang separuh masa pertama adalah Tokwan yg kemudian digantikan dengan Udin diseparuh masa kedua..semasa gawang dijaga oleh Udin pasukan lawan berjaya menyumbat 1 gol.. Pastu Rajawali berdepan pula dg pasukan Carsem United ii, sayang sekali mereka tewas 0-1 apabila kali ni gawang dijaga oleh Iwan yg tak pernah main bola pun..tu pun mujurlah tewas dg 1 gol sahaja. Perlawanan kali ke3 pula Rajawali bertarung hebat menentang pasukan anak yatim Manjoi  kali ni gawang  dikawal oleh Danial dan keputusannya berakhir dg seri 0-0..Kali ke4 Rajawali turun lagi kegelanggang kali ini menentang pasukan Kaki Bangku (budak2 taman berdekatan) mereka kalah 0-2 di separuh masa pertama lagi keeper masa itu ialah Tokwan kemudian digantikan Danial di separuh masa kedua...Kali ke5 dalam keadaan letih lawan pula  dg pasukan Kg Boy berkesudahan dg seri 0-0. Perlawanan terakhir adalah gabungan dari rumah2 anak yatim, asrama kita diwakili Aizat, Danial dan Che On bergabung dg anak yatim Manjoi dan Spg Pulai (Carsem United) manakala pasukan lawan pula adalah gabungan pasukan2 bukan yatim; Kg Boy, Kaki Bangku dan Lesen P...dalam perlawanan ni Aizat menyumbat 2 gol diseparuh masa pertama tapi sayang bila separuh masa kedua Aizat diarahkan utk berkawal dibahagian pertahanan dg Che On sementara Danial bertindak sebagai penjaga gawang yg terbaik membawa kemenangan menumpaskan lawan dg 3-1. Sayang sekali gambar2 tidak boleh diupload sbb sudah memenuhi kuota..dan ditolak setiap kali kita mencubanya...apa nak buat...
inilah barisan kita....

Udin balik dg keadaan kaki cengkeh begitu juga dg beberapa orang lain, sebab kata depa pasukan kaki bangku suka sepak kaki lawan dan depa pakai kasut bola sungguh sedang pasukan kita hanya pakai kasut sekolah jer...nak kena cari sponsor plak...sebab skrg pasukan Rajawali dah dalam perhatian Manchester United nih....

No comments:

Post a Comment