Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, March 16, 2011

Rabu 16/3/11

Pagi ni dikesempatan cuti sekolah kita nak selesaikan kad pengenalan Izati yang tergendala sejak akhir tahun lepas. Sepatutnya dah selesai pada 28/12/10 bila ketika itu ummi bagi pihak asrama telah ajukan permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut kerana walid masa tu out station di Sepang urusan Peperiksaan SPM, tapi kerani dikaunter JPN bila melihat surat permohonan kita, telah merujuk kepada ketua kerani diaras yang sama lalu dia datang menerangkan perlu ada surat sumpah atau ada waris kepada anak yang berkenaan yang datang sakali baru boleh diproses permohonan itu...jadi hari tu balik sajalah....
Pagi ni lebih kurang jam 10 pagi walid telefon Pn Hjh Fatimah Tim. Pengarah JPN tapi beliau ada hal nanti beliau akan call walid...mungkin ada mesyuarat kut..tunggu punya tunggu tak ada panggilan pun hinggalah jam 2.30pm walid call beliau semula...rupanya terlupa sibuk sangat katanya..walid beritahu nak selesaikan permohonan Kad Pengenalan yang gitu gini...hari ni juga. Ok datang sebelum jam 5.00 bawa surat berletter head asrama anak2 yatim, salinan surat beranak dan salinan KP tuan haji, itu jer....
Setelah siap semuanya kita sampai di JPN jam 4.15pm dan dapatkan angka giliran dan bila nak isi borang diberi tahu sistem komputer break down tak boleh buat...macam mana? nak tunggu ke? Walid kata kami tunggu..no problem..selesai isi borang semua tunggu giliran jumpa kerani perempuan India yang sama dan minta yang sama ada surat sumpah...walid cakap sebelum datang ni dah call Timbalan Pengarah Hjh Fatimah yang kata buat gini gini....dia tak puas hati pergi telefon lagi kemudian baru datang proses permohonan ambil cap jari Ati dan Walid juga kemudian pergi tangkap gambar..selesai Alhamdulillah...

Pulang dari JPN terus balik, sebaik sampai datang Pn Siti Asa yang baru pulang dari pengajian di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary untuk menyampaikan sumbangan atas nama Muslimat Masjid utk asrama ni Alhamdulillah...
P.s: Gambar2 tidak dpt diupload disini sila ke Facebook anak yatim.....

No comments:

Post a Comment