Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, March 27, 2011

Ahad 27/3/11 Tiga budak baru..datang hari ni.....

Pagi Ahad ni selepas sarapan dan ngaji Quran ada yang mesin rumput bergilir2 dan ada yang mesin baju dan ada yang menguruskan arnab dan angsa...

Jam 11:00am En Mohd Rozhlan dari Kg Tersusun Bt 8 Ulu Kinta datang berkunjung ke sini untuk menyampaikan sumbangan. Saudara ni dulunya bekerja dengan Lost World of Tambun tapi sekarang dah berhenti...

Jam 12:00 Ila datang bersama suaminya Khalil menghantar puding roti dan beredar pulang dan janji akan datang petang nanti.. untuk bersama2 anak2 yatim ni...kerana ada kenduri katanya...

12.30 Rauf datang dihantar oleh maknya dengan kereta dan terus balik tanpa berjumpa dengan ummi pun...sibuk sungguh...

Jam 2:30pm,Yati bersama suami datang menghantar 3 orang anak2 baru dari Manjoi iaitu Hakeemy 9, Hafizan 8 dan Hisyam 6..anak dari keluarga bercerai berai dan tak pernah bersekolah cumanya dokumen mereka semua telah diuruskan dengan selesai oleh Si Yati ibu angkat mereka yang bekerja di JPN. Dua orang adik tu tak ada masalah langsung boleh masuk kawan cuma si abang pula yang ada sedikit manja dan tak mahu tinggal di asrama tapi akhirnya bila melihat 2 adiknya happy jer dia pun tak merengek dan bila masuk Asar ketiga2nya sembahyang berjamaah kemudian baca Iqra' di temani oleh Jamal dan Amin...

Selesai mengaji petang kami buat gotong royong untuk membersihkan reban dan buang segala pukat jaring kerana nak jadikannya lapang...Ketiga2 anak baru ni terus berpartisipasi tak payah di arah2 dan nak buat macam mana bebudak lama buat...Itu yang menariknya tentang depa ni...yang si Hafizan ni mulutnya pot pet pot pet dengan suara mersik sepanjang datang kesini hinggalah tertidur tadi...

Sebelah petang datang kembali Us Khalil dan Ila untuk melihat anak2 yatim ni masa tu depa dah pun makan puding yang dibawa sebaik selesai jemaah Asar..

Kemudian datang En Mustafa orang Tambun bawa cabai merah, belacan dan sbgnya...kemudian mempelawa satu kotak berisi baju terpakai katanya kiriman orang..kami tunjukkan 5 guni pakaian yang dihantar semalam..

Jam 6:00 En Idris datang membawa bungkusan nasi lemak sumbangan keluarganya..dia adalah pemandu lori Inflow yang selalu kemari menghantar kuih muih petang...

Kemudian datang pula beberapa orang pelajar dari UTP untuk berjumpa walid....sampai solat Isya'.....

Selepas itu ummi pula mengubahsuai kedudukan katil untuk mengelak dari kejadian jatuh katil dan budak bertiga dan yang kecil di beri katil single sahaja sementara double decker hanya untuk anak2 yang besar sahaja..

No comments:

Post a Comment