Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, March 9, 2011

Rangkuman cerita hari ini Rabu 9/3/11

Hari ni persekolahan ditamatkan lebih awal iaitu pada jam 12.00tgh hari disebabkan masalah kesihatan tenaga pengajar...begitu juga kelas petang yg sepatutnya dikendalikan oleh Ustazah Zaharah pun ditiadakan dan anak2 ini buat tugasan sendiri. Untuk yg belajar di kelas KAFA yg bertujuh tu walid yg hantar dan ambilkan kerana ustazah yg ditugaskan utk menghantar mereka demam dan balik awal.
Minggu depan mereka bercuti dan ada dikalangan mereka nak balik kampung dan yg tak nak balik pun ada sebab tidak ada yg ambil kisah tentang mereka disini..diantaranya ialah Izati, Imah, Hakim, Anas dan termasuklah Jamal dan adik2nya yg kononnya tak nak balik....

Petang ni Pn Hanum datang utk menyampaikan sumbangan tetapnya dalam hujan dan disebabkan hujan agak lebat maka berbual panjanglah dia yg biasanya tak banyak bercakap..sehingga hujan reda..hari ni mengisahkan anaknya yg tak datang ngaji disini kerana dah ada guru Quran datang kerumah.

Pukul  6pm muncul dua orang dari Lost World of Tambun..yg dah lama menyepi  datang dg tujuan mewujudkan perpustakaan disini dan walid menyatakan kita memang dah ada pihak yg akan mengusahakan projek ni in sya Allah pada awal bulan April ni seperti yg ditulis dalam entri yg lepas mengenai BMI Gombak yg berkunjung baru2 ni...namun mereka nak bantu juga dengan buku dan komputer siap dg internet dan nak buat majlis  dg orang2 press lagi yg nak datang....

Malamnya pula datang taukeh kedai runcit pekan Tambun Ah Leong yg menghantar kiriman orang nak kenduri 13Mac depan...

No comments:

Post a Comment