Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, March 25, 2011

Jumaat 25/3/11 Rangkuman laporan hari ini..

Ada beberapa orang tetamu yang datang hari ini seorang darinya datang pada jam 9:30am seorang wanita yang menghantar kek dan seluar sukan untuk anak2 ni dari Tm. Perpaduan..sementara yang keduanya ialah penyumbang tetap keluarga En. Razali dan isteri dari Tm. Rimba Tambun yang hari ni datang membawa beras sebelum anak2 ni rehat diikuti pula kemudiannya oleh Pn. Yati yang datang jam 12:00 dari Tm Meru bersama dua orang anak yatim untuk diserahkan keasrama ni...

Sebenarnya ada tiga orang semuanya tapi yang sempat dibawa pagi ini hanya dua orang saja..mereka datang semalam lagi tetapi tidak sempat berjumpa kami dan kedatangan hari ini pun untuk tujuan yang sama bagi mendapat persetujuan diterima atau tidak..juga untuk membiasakan anak2 yatim ini dengan suasana disini..kemudian akan datang semula hari Isnin depan selepas membuat sedikit persiapan barangkali....

Cerita abg Kamarul pula hari ni menyatakan hasrat untuk balik ke Kelantan menziarahi datuknya yang uzur dan dimasukkan ke hospital sudah beberapa hari serentak dengan satu kemalangan jalan raya yang membabitkan adik perempuannya di KL yang sarat mengandung, kemalangan itu berlaku dalam hujan lebat semasa adik perempuannya keluar menuju ketempat kerja..keretanya terlibat dalam kemalangan membabitkan deretan beberapa kereta dihadapan, dalam kejadian tersebut dikatakan ketubannya pecah kerana terhentak di stering kereta dan dia diselamatkan oleh seorang jururawat dalam kereta dibelakangnya yang terus membawanya ke HUKM untuk pembedahan mengeluarkan bayinya, keadaan bayi agak kritikal di ICU ...Jadi mak abg Kamarul bergegas ke KL untuk melihat adiknya dan dalam masa itulah juga menerima panggilan dari atuknya yang meminta emaknya balik segera ke Kelantan...jadi abg Kamarul ni tersepit antara dua; ingatkan adik dan atuknya yang mahukan emaknya menziarahinya...jadi dia balik ke Kelantan hari ni mewakili emaknya dan membawa bersamanya si Aizat dan Danial untuk menemaninya diperjalanan. Tadi dia telefon ummi menyatakan dah selamat sampai di Jeli.

Lepas Jumaat datang pula seorang eksekutif syarikat iklan berbangsa Cina dari KL meninjau untuk menggunakan tapak tanah kami yang berhampiran lebuh raya utk didirikan billboard...tapi walid nyatakan sudah ada sebelum ini syarikat iklan yang memohon cuma tak tahu perkembangan seterusnya..namun dia nampaknya amat mengharap jawapan secepat mungkin diberikan...

Petang ni pula ummi menerima panggilan telefon dari Rimba Tambun yang berhajat menempah tarikh untuk mengadakan jamuan pulut durian..iaitu Pn Yati mak angkat Hakim..yang katanya ada buah durian kebun yang nak disedekahkan kepada anak2 yatim di sini.

Malam ini adalah malam Melur ke15 yang dipengerusikan oleh Iwan. Menurut ummi persembahan malam ini menyerlahkan bakat Jamal dan Tokwan serta Hafiz dalam persembahan mereka....sila saksikan gambar2 MELUR 15 dalam fb.

No comments:

Post a Comment