Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, March 4, 2011

Jumaat 4/3/11 Jemputan ke Gunung Lang

Tadi Sdr Azizi dari MBI telefon katanya nak datang ke asrama menyampaikan surat jemputan utk menerima sumbangan sempena Karniwal Amal Gunung Lang, Ipoh..anjuran Jabatan Hal Ehwal Komuniti Majlis Bandaraya Ipoh..hampir jam 12 dia datang membawa surat tersebut...Katanya Datuk Bandar Ipoh akan menyampaikan sumbangan tersebut dan dia sendiri sekarang dah bertukar dari Jabatan Koperat ke Jabatan Komuniti ni..Itulah semalam ada panggilan dari jabatan ini yang minta hantar orang utk ambil surat, bila dia sebut dari MBI terus saja ummi minta berikan surat itu kepada Azizi tapi pelik plak dia kata ada sorang nama Azizi tapi pompuan....plak dah..

Lepas Jumaat walid balik nampak keta Kembara dihalaman dan masa tu budak2 belum balik dari masjid Tambun lagi...sunyilah dan bila walid sampai dia keluar semula dari kereta utk bersalam rupanya Sdr Amin penderma tetap yg walid tulis sebelum ni sebagai tamu yg tak pernah jumpa...beliau selalunya datang pada hari Jumaat untuk bersedekah....bekerja di Rubberex..kalau tak silap nama tempat kerjanya.

Yang bebudak kita plak lambat balik bukannya apa pasal pakcik Shamil belanja makan ABC dan cendol selepas solat Jumaat...itu janjinya minggu lepas..kemudian ada kiriman plak utk bebudak pompuan diasrama..hari Jumaat memang rezeki depa murah...

Restoran Bunga Lawang hari ni tukar menu lauknya kali ini kari dalca yg dan ayam masak merah...dua2 sedap giler....bila ummi telefon adik (Iffah) di USIM sebut masakan sajian Restoran Bunga Lawang hari ni, adik kata janganlah sebut...sbb teringin sangat nak makan...adik habis duit..minta bank in kan...

Kemudian ada dua orang datang meninjau ke asrama ni kata ummi. Dua2 pompuan yg datang ni nak tengok dulu tempat ni sambil bawa kek dan karipap dan dok congak2 apa sumbangan yg sesuai utk mereka belikan kepada anak2 yatim ni....

Melur ke 12 malam ni....

hafiz pengerusi

rauf...quran pembukaan


fikah...hafazan

wan..cara berwuduk yg betul



pecah kaca pecah gelas...atifah

udin..bersajak

atirah...berseloka

iwan..bercerita

berdailog..imah and the gang

amin...berpantun..juara malam ni

hakim..bercerita

atiqah...


aizat..syarahan

basirah...bercerita 

lanca

una..tazkirah tawbat

jamal...sajak

sarah ...puisi


tokwan..sajak

anas...gurindam

meon...spoil lupa..




rauf...bersyair

Walid tak dapat ikuti Melur 12 kerana ada program di Taiping, namun berdasarkan penilaian Abg Kamarul secara keseluruhannya Melur malam ni ada peningkatan....

No comments:

Post a Comment