Tuesday, November 29, 2011

إنا لله وإنا إليه راجعون
Inilah ucapan yang Allah ajar kita agar kita sebut ketika kita ditimpa bencana apa pun juga jenis dan bentuknya musibah itu..."Sesungguhnya kami (mengaku) adalah milik Allah jua dan sesungguhnya kami (mengaku) kepadaNya jua akan kembali",,

Sebenarnya walid dan ummi baru boleh masuk ke asrama tepat jam 8:00mlm ni..setelah berpusing2 ke sana kemari mencari jalan selamat...Kami sampai dekat tol Ipoh Selatan jam 6;50 sebelum masuk Maghrib..Hujan Ya Rabbi punya lebat bermula dari hentian sebelah Tg Malim tapi sekejap saja lepas tu berenti...sambung pula hujan lebat kat Slim River sekejap macam tu juga tapi bila sampai Bidor wah gelap dunia jadinya sampai Ipoh...ini pun masih bersisa lagi ...Masa keluar dari lebuhraya nak masuk susur keluar ke Lost World Tambun...jammed dengan semua jenis kenderaan bermotor..Susur keluar ke Lost World Tambun dari arah utara tersekat dengan kereta yang terdampar dek kerana enjinnya mati dalam arus air yang mencurah deras...

Kami bertiga, walid, ummi dan kak Izzah keluar dari asrama anak2 yatim ni jam 8:30pagi nak menghantar kak Izzah balik ke UIA Gombak..biasanya balik dengan angah kalau sama2 cuti...ataupun naik train laju..cuma walid buat tak faham jer semalam bila di ajak utk beli tiket KTM...sebabnya ada niat nak hantar dia dengan kereta kerana sejak balik dari Yaman tahun lepas tak pernah dan tak berani nak memandu kereta jauh2 sebab darah tinggi akan naik mendadak kemudian cepat rasa lemas dalam kereta bila lihat kereta potong memotong rasa gayat dan panik...Kesan dari putus ubat darah tinggi pada bulan terakhir di Yaman tempohari...akibatnya memori banyak hilang...habis lupa nama orang..bertanya berulang2...Kebetulan sekarang cuti sekolah dan rasa bertenaga sikit...nak cuba ler memandu jarak jauh dan niatnya ketika balik dari Gombak boleh singgah tengok Makngah Minah di Felda Sg Tengi...Kiranya sampai UIA tadi pukul 10:45..masa pergi tu banyak juga tergamam confuse dengan jalan yang di ambil betul ke tak..so Izzah tolong guide dari seat belakang...Masa balik rasa konfiden...kira ok lah tu...dah tua ni..terus singgah ziarah makngah tanpa beritahu depa..strategi tak mau susahkan orang...Pukul 12 kami berdua sampai situ..duduk lama juga sampai 4:30 jadi lama tu sebab urut makngah sikit lepas tu bagi dia duduk sendiri..ok tak goyah pun dekat 30 minit..selepas urut kedua2 tapak kaki..lepas tu makan nasi, rambutan dan durian..Kemudian jumpa jiran disitu pulak bila disoreh2 jatuh adik beradik ummi sebelah Teluk Buluh Sabak Bernam...

Itulah ceritanya bila sampai ke asrama ni Sg. Pinji telah melimpah air, laluan utama kami jambatan besi yang baru ditinggikan pun hapus dek air yang deras...banyak rumah2 cina tepi sungai dimasuki air...jadi memusing2 kami berdua mencari jalan alternatif..jalan kampung ada pokok tumbang menghalang akhirnya tawakkal rodong celah rumah kampung dapatlah masuk ikut lorong belakang asrama...pukul 10.30 baru air surut...Alhamdulillah..

  

Photobucket

Photobucket
Photobucket
boleh dah balik2 kan badan dan bengkokkan kaki

Photobucket
Photobucket
suruh buat chak chekor udang gamit minta kapur bagi kunyit...hi hi nak gerakkan jari...
Photobucket
semangat nak pulih tu kuat...kalau makngah baik nanti nak pi tengok anak yatim...



No comments:

Post a Comment