Thursday, November 24, 2011

Cuaca hari ini baik sekali tengahari panas tapi selepas masuk petang bertukar redup sampai ke malamnya tanpa hujan...Alhamdulillah..membantu anak2 ini berpuasa.

Mak Cik Nor yang menjadi penyumbang tetap setiap Isnin dan Khamis hari ini membawa pengat ubi kayu dan kain tudung untuk anak2 perempuan ...semalam seorang kawan kepada Makcik Nor ni datang menyumbang cadar sebanyak 26 pasang.

Sejurus selepas kedatangan Makcik Nor ada pula tetamu iaitu dua orang anggota KAGAT datang untuk menetapkan tarikh program mereka pada 30 November nanti..Selepas itu ada tetamu dari Bt 6 membawa pulut kuning dan kari daging...

Sementara itu besok ada program Lembaga Air Perak yang akan datang pada jam 3 ptg...hingga 5ptg..Anjuran Persatuan Kakitangan Islam LAP...


No comments:

Post a Comment