Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah jam 5.50pm. baru sampai rumah dari Felda Sg Tengi, Behrang menziarahi mak ngah walid yang terlantar dirumah Kak Rukyah sepupu walid....


Photobucket
gambar mak ngah minah sejurus kami sampai

Photobucket
Photobucket
selepas di urut dan kami pun nak balik dah..
Photobucket
mak ngah cakap tak renti...


Photobucket
kami doakan mudah2an cepat sembuh...
Photobucket
yang bertudung hitam tu kak rukyah tuan rumah, baju biru anaknya, yg tinggi abg bakar sepupu kami abg kpd kak rukyah, paklang di, dan yg blkg ummi tu saad ank abg bakar   
Photobucket
pak teh dolah muncul dlm gmbr ini dan blkg bg bakar ialah feah adik kak rukyah..

Photobucket
Mak Ngah Minah adalah kakak kepada mak walid..mak ngah ni baru saja diserang strok selepas pulang dari Solat Raya Idil Adha baru2 ini...Hari ini baru boleh pergi ziarah itupun bila Abang Hadi (Pak Lang Di) abang walid telefon semalam ajak ikut sekali  mereka tiga bersaudara iaitu dia sendiri Cik gu Dolah (Pak Teh) adik walid dan adik bongsu walid Cikgu Royani (Paksu Yani) yang menjadi drebar kami..Kami bertolak dari asrama jam 10.30pagi dan sampai di sana jam 1:00pm. Kami memilih exit Bukit Tagar dan Bestari Jaya kerana pengalaman melalui jalan Behrang yang agak jauh dan berlobang sana sini...

Umur Mak Ngah Aminah 88 tahun tapi ingatan masih kuat dan badan berisi. Mak ngah ini ada empat beradik, tiga perempuan seibu sebapa iaitu mak ngah, mak walid dan mak cik Salmah di Sabah. Dan ada saudara lelaki sebapa bernama Mustatafa atau kami panggil Pak Su Tapa tinggal di Teluk Intan.


Photobucket
almarhumah mak walid dan adiknya makcik salmah dari sabah

Sewaktu kami sampai di Tol Bukit Tagar walid telefon Rofeah sepupu walid untuk  memaklumkan dimana kami berada disamping bertanya alamat rumah baru Kak Rukyah, Jalan Laksamana katanya dan katanya lagi Bang Bakar akan tunggu nanti dekat rumah lamanya..rumah kedai, mereka dulu tinggal di kedai runcit milik mereka sebelum ini. Bang Bakar pula baru pagi ini datang dari Temerloh Pahang dengan anaknya Saad..Sebenarnya Mak Ngah tinggal di Sg Sireh, Tg Karang dengan Feah anaknya tapi bila dah strok begini dipindahkan ke rumah Kak Rukyah sebab disini ramai yang boleh jaganya.

Cerita anak2 yatim pula semasa kami nak berangkat pagi tadi anak2 masih bersama abang2 dari Institut Perguruan Darul Aman untuk program hari ketiga dan masa itu juga ada tetamu yang datang dari Spg Pulai untuk menyampaikan sumbangan wang..Alhamdulillah..Program guru pelatih IPDA dijangka berakhir waktu tengahari...

Sebaik kami sampai pula ada tetamu suami isteri baru saja datang dan selesai menulis pada buku pelawat kami,  bertujuan untuk menyampaikan sumbangan wang dan terus beredar selepas itu ..Alhamdulillah... pada masa itu juga di ruang makan pula sudah ada lauk untuk berbuka bersama berapa jenis kuih dan pisang yang dihantar untuk anak2 ini berbuka puasa sunat Isnin hari ini. Kemudian datang pula En. Latif ajk Masjid Rapat Setia  untuk menjemput kami ke masjid tersebut untuk menerima sumbangan pada bulan Disember ini..agenda tahunan masjid kami katanya..

Semasa di rumah Kak Rukyah tadipun Bang Bakar, Kak Rukyah dan adiknya Feah dan anak sedaranya juga menghulurkan sumbangan untuk asrama anak2 yatim kami...Alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment