Saturday, November 5, 2011


Angah, Kak Izzah dan Kak Iffah balik semalam lebih kurang 5:45ptg...Sementara walid ada kuliah Maghrib di Taiping dan pergi dengan Sdr Samad dan Hj Alias yang jadi pemandunya...Kereta bertali arus menuju ke utara sejak dari petang hingga waktu kami bertolak pulang dari Taiping jam 12:00 malam.

Basirah dan adiknya Nurul telah dijemput oleh ibu mereka sendiri yang datang sekitar pukul 10:00 pagi...

Kerbau korban telah dihantar lebih awal dari dijanjikan...janjinya nak dihantar pada petang Hari Raya tapi tengahari ini mereka dah hantar...garangnya masya Allah asyik nak menerkam dan menanduk saja...tapi hairannya bila setiap kali dengar azan ia jadi normal..pulak.

Petangnya Hj Mah Zuki seorang pesara Kastam datang untuk menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak2 di sini..

Lepas Maghrib ada dua orang datang untuk memberitahu mereka akan menyembelih aqiqah besok dan bertanya bolehkah daging aqiqah tu dihantar ke sini....walid beritahu kita tak ada halangan untuk menerimanya cuma kalau boleh tulang2 nya tidak dihantar kemari kerana tulang aqiqah sebaiknya ditanam dan lagi satu daging aqiqahnya sunnat disedekahkan selepas dimasak...tapipun jika berhalangan tak mengapalah..

Semasa itu juga Sdr Samad Komando datang menghantar tali takut2 tali yang ada pada kerbau itu putus...



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment