Saturday, November 26, 2011

Makanan datang mencurah2 dari semalam hingga hari ini sehingga dapur kami tidak beroperasi...Semasa program motivasi LAP selesai ada orang bawa goreng pisang...Selepas jamuan LAP petang semalam, datang burger selepas Maghrib dari katering yang sama.Kemudian ummi dapat panggilan telefon dari kem 2 Briged nak hantar makanan...lepas Isyak datanglah dengan cucur udang, donat, goreng pisang dll. Jam 9:15 ada lagi nasi dan kari daging dan ikan bilis goreng dengan agar2 dan bermacam jenis air sampai....Itu cerita  semalam...Alhamdulillah...

Hari ini pula sebelah tengahari sebelum kami keluar ketempat kenduri Us Hafez, Mr Tawil datang menghantar bermacam2 jenis makanan jadi sajian tengahari anak2 ni...Bila kami pergi kenduri masa balik tu dibekalkan pula dengan pula nasi kenduri untuk anak2 yang di asrama ni..Pukul 6:30 ptg ni ada orang dari Tg Rambutan hantar laksa 4 kilo untuk 40 orang makan...yang ini depa pulun tak guna cakap...Pukul 7:00 ada lagi katering datang hantar nasi kenduri dengan rendang tok katanya dia pengusaha kantin di Politeknik Ungku Omar...

Itu tak termasuk dua biji buah nangka madu yang dibawa oleh Pak Uda Sarah dan buah rambutan yang dibawa Us. Najdi dan Sdr Shaila...Sarah dan Basirah jam 10pg tadi di ambil pak udanya untuk ujian kemasukan di SMA Ad-Diniah, Pdg Rengas...Ummi pula hantu nangka lepas Asar suruh Rauf belah sebiji...Ya Allah punyalah manis hingga tak terkata....Alhamdulillah...

Si Hisyam pula hari ini asyik minta donat satu lepas satu...dengan buah limau..semalam Cikgu Zaid bagi buah limau  motivasi kat dia....


1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Pelajar2 KAMSIS (KampusSiswaSiswi) Politeknik Ungku Omar akan mengadakan program motivasi bersama anak-anak yatim. InsyaAllah pd 17/12 nanti. Anak2 nak datang melawat politeknik x?pada Jumaat 16/12
    -Pakcik Hijaz.

    ReplyDelete