Sunday, December 4, 2011

Cerita Si Rauf yang dihantar angah ke Terminal Bas...Oleh kerana bas akan bertolak jam 1:15..walid suruh angah hantar dia jam 12:50 dan suruh pesan kat Rauf tu buat jamak ta'khir saja bila dia sampai stesen Kulim nanti...Rauf ini budak kelang kabut, lurus bendul dan lagi satu perangainya tak boleh buat satu2 kerja dengan cepat..dia akan ambil masa yang lama..sebab itu kena pesan banyak kali..takut nanti kena tinggal bas..

Ini kali kedua balik naik bas sendiri..Kali pertama kita hantar setakat P.Buntar saja dan naik bas dari P.Buntar ke Kulim masa balik raya puasa...Itu dekat jer..Ini lain ler sikit dari Ipoh bas akan lalu P.Buntar, Kulim dan Butterworth.. Pesan lagi pada dia, jangan lena nanti sampai Butterworth pula...Mak dia dah diberitahu masa dia dah nak bertolak tadi...Angah cerita tadi, pada tiket tulis syarikat lain tapi yang tunggu diterminal bas lain pula, jadi angah beritahu mak dia no plate bas yang dia naik...Yang si Rauf ini ketika angah dok tanya orang, bas yang mana satu nak ke Kulim...bila dia dengar dari hujung telinga yang bas ni nak melalui Kulim...dia terus nyong nyong nyong panjat celapak naik...angah kata dengan selamba kawan masuk..pada hal tiket ada ditangan angah...dia tak tau apa..dengar kata Kulim jer kira orait la...bas dia ler tu.. sampai sorang pakcik tu nak turun pasai nak terkencing..si Rauf ni pakai rodong sondol celah tangga nak naik jugak jugak..sampai pakcik tu pulak yang mengelak...kalau tidak, dia ni kira budak yang pandai hormat kat orang tua...tapi dah tengok drebar start enjin ni, kawan jadi panik takut kena tinggal..tak kasi can dah...
    

No comments:

Post a Comment