Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, December 18, 2011

Alhamdulillah...walid baru saja sampai rumah dari Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh setelah ditahan selama 3 malam di sana demi mencari dan menjaga kesihatan diri yang kadang2 kita abaikan haknya....Itu kira pengalaman pertama walid tinggal diwad sebagai pesakit...dalam wad kelas tiga dengan segala hiruk pikuknya, dua kematian berlaku diwad yang sama dua hari berturut2...bergelumang dengan kerencaman manusia dengan segala masalah yang melatari penyakit yang dihidapi mereka..ada juga yang mencari suaka di wad2 begini rupa setelah tersisih dari anak2 sendiri...dan sedih bila diberitahu besok boleh balik rumah...seorang cina yang tak mahu balik rumah...sambil mengomel doktor tak pandai...
Rasanya  tiga kali walid menjadi bahan temu ramah,  kali pertama seorang Prof. UniKl yang minta walid berikan  30 minit untuk peperiksaan seorang pelatihnya menemubual walid...selepas itu datang lagi dua kumpulan yang terdiri dari dua orang pelatih setiap kumpulan nak belajar set soalan temubual dalam masa 20-30 minit...Walid sentiasa beri kerjasama baik kepada semua mereka...sehingga akhir sessi itu Prof itu kata kepada pelajarnya kamu beruntung kerana dapat seorang guru yang bersedia melayan kamu dengan sebaiknya....
Rasanya selama tiga malam di wad sudah 10 kali ECG dilakukan keatas walid..tapi keputusannya semacam sama saja...cuma seorang doktor pakar pagi kedua yang kata pada walid, jantung pakcik ada sumbat sambil merujuk pada kertas graf ECG..sementara doktor pakar lain yang buat pemeriksaan rutin mereka tak ada yang menegaskan begitu....Hal ini melayangkan fikiran walid kepada Dr Izzat Saqr seorang prof dari Fakulti Perubatan Univ Al-Azhar yang mengambil kes ummi di Hospital Cleopatra Mesir ketika nak melahirkan Izzah tahun 88, seorang pakar yang amat terkenal dengan disiplin sehingga dikatakan kepada walid ketika itu pergi jumpa Dr Izzat dia seorang yang tak suka pembedahan tapi kalau dia kata kena bedah maknanya dah tak ada jalan lainlah tu...Memang betul setelah mencuba melahirkan secara normal menemui kegagalan dia panggil walid dan berkata kita hanya ada dua kemungkinan kalau tidak dibuat pembedahan iaitu samada anak mati kelemasan atau ibunya mati kerana memang tak boleh bersalin secara normal..kalau nak selamat kedua2nya sila sain segera...Walid pun sain dan tunggu sambil berdoa didepan theater room....tak sampai 30 minit seorang bayi lengkap dengan baju hospital dibawa kepada walid untuk diazan dan diiqamat oleh walid...Alhamdulillah..walid tanya bagaimana ummi...kata nurse tu sihat...Kerana inilah walid namakan baby itu Izzah. Bila walid hadir pada hari ketiga dipanggil Dr Izzat untuk membuka jahitan diperut ummi...didepan para pelatihnya: Lihat...semua kerja kita berdasarkan niat kita...ketika aku bedah dia semalam,  niat aku semoga Allah selamatkan baby dan dia sekaligus..lihatlah hasil kerja kita"katanya...keajaiban.. hanya ada simpulan disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri jarak antaranya lebih kurang 7 atau 8 inci...Masa tu di Malaysia, yang kita tahu apa jua pembedahan mesti ditandai macam kaki lipan merentangi perut meninggalkan parut kekal sampai bila2...macam yang walid lihat pada dada seorang pesakit yang tak sedar diri stroke hampir sebulan pagi tadi...semalam tak begitu ketara..tapi pagi ini ketika walid singgah picit2 lengannya terpandang pada parut lipan ditengah2 dadanya. walid tanya ini apa?Anak daranya kata dulu abah pernah kena sakit jantung entah ada masalah apa tak tahu ...bila dioperate tak jumpa pun masalah tu...Terkejut walid...eksperimen semudah itu....belah belah jahit semula...aduhai eksperimen one Malaysia.

gambar2 ketika walid terlantar di wad

Photobucket
motivasi JPN


Photobucket

Photobucket
Photobucket
program PUO

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
angah bancuh herbalife nak bawa ke walid
Photobucket

..Walid pun tak tahu bagaimana program yang dilaksanakan semasa ketiadaan walid dan kesibukan ummi bagaimana hasilnya..terutama program Politeknik Ungku Omar selama dua hari berturut2...minta En. Hijaz tolong komen prestasi anak2 yatim kami ni.... 

No comments:

Post a Comment