Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, December 1, 2011

Khamis 1 Disember 2011...persekolahan terus seperti biasa walaupun ada diantara anak2 ni yang diambil oleh waris mereka seperti Basirah dan adiknya Nurul yang diambil oleh mak mereka. Sarah diambil ayahnya konon sekejap saja sebab ibu dia nak tengok setelah mereka suami isteri bercerai.

Sebentar tadi ada tetamu datang menghantar/menyumbang sejadah, tasbih dan gula dari Gunung Rapat..Alhamdulillah. Dari apa yang kami perhatikan sudah ramai tetamu yang datang kemari terutamanya yang bukan pertama kali berkunjung, sudah pandai mempelbagaikan sumbangan. Kalau yang tak pernah datang, sumbangan yang dibawa kebanyakannya adalah beras..Dan kalau yang lebih prihatin lagi dia akan datang dulu untuk bertanya apa sebenarnya keperluan disini baru dia akan datang semula dengan sumbangan pilihannya..

Kemudian datang pula Hj Zamin membawa Sr. Hj Rosli Jurukur berlesen untuk melihat tempat ini hasil dari kunjungan mereka bersama Dato' Haron Ahad minggu lepas..Dato' Haron minta tanah ini disukat semula dengan memasukkan apa yang wujud diatasnya..

Paklang sekeluarga singgah menjenguk kami dalam perjalanan ke Melaka dan bawa tapai pulut dari Sg. Petani kerana tahu walid peminat tapai...tapi memang pun tapai yang dibawa ni antara yang tersedap pernah walid rasa...Bila dia sampai saja tadi dia ternampak Merc kami...soalan pertamanya ialah macamana? Ok ke pakai NGV? Rasanya dia teringin nak pasang Ngv pada Perdana dia...Walid bagi dia pandu tadi...

Sebentar tadi Mr Anjang datang membawa makanan beranika jenis macam biasa...diikuti kemudiannya oleh dua orang hajjah bersahabat yang mencari asrama ini tapi terlajak hingga berjumpa dengan cina yang berbasikal memberitahu mereka lokasi asrama ini membuatkan mereka sampai kesini...Tujuan kedatangan ialah nak pastikan dimana tempatnya kerana dari mulut orang bercerita ada asrama anak yatim di Tambun ini..keduanya nak sampaikan sumbangan wang dari berniaga makanan ringan tepi SK.Tg. Rambutan, yang diniatkan sehari 1RM untuk anak yatim..satu cetusan idea yang bagus...Lepas itu datang Adam Catering untuk menyampaikan sumbangan wang.

No comments:

Post a Comment