Saturday, December 3, 2011

Anak2 kami sedang mengaji Quran ketika ini...dari jam 8:00am tadi....Hari ini mereka ada jemputan kenduri di Ulu Kinta yang akan diambil sebentar lagi...Maaf bukan Ulu Kinta tapi Seri Kinta..ada bas sekolah datang menjemput mereka...sesampai saja mereka disana dijamu dulu dengan kudapan kemudian dijemput mereka bertahlil dipimpin oleh Imam Muda kami Rauf yang membuatkan beberapa orang menangis dari kalangan jemputan...selepas itu baru jemput mereka merasmikan hidangan kenduri dalam khemah khas untuk anak yatim.

Sekembalinya mereka di asrama didapati Mr Anjang telah sampai untuk menghantar pelbagai makanan seperti kebiasaannya...perut sudah kenyang...Selepas Asar baru mereka disuruh pilih apa saja yang mereka nak makan...begitu pun masih ada lagi bungkusan yang lebih...

Kemudian datang pula seorang perempuan bertugas di LHDN dengan pembantu rumahnya datang menyumbang buku kecik Ma'thurat bernaskhah2 banyaknya sambil meninjau kalau2 boleh dapat anak yatim untuk dijadikan anak angkatnya....Hmm kami dah selalu bertemu dengan kes seperti ni..

Petang ni pula Ah Khean datang untuk menyerahkan plan Fasa 1 yang akan dimulakan minggu depan katanya dengan membawa mesin breaker bagi memecah tiang2 yang terbengkalai tu....

Lepas Maghrib sekitar jam 8:00 datang pula beberapa kereta menjemput anak2 ni ke Bt 8 Hulu Kinta untuk kenduri....

Photobucket
tiang2 yg akan dipecahkan

Photobucket
Photobucket
reban yg terancam
Photobucket
terlibat memecahkan pasu
Photobucket

Jam 10:20pm baru anak2 ini dihantar pulang ke asrama oleh tiga buah kereta......

No comments:

Post a Comment