Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, December 12, 2011

Petang tadi ada suami isteri datang untuk menyumbang bersama dua orang anak perempuan dan lelaki yang dah peringkat menengah...si kakak tu nak dihantar pukul 6ptg ke Integerasi Gopeng..Bapanya berasal dari Perlis pesara tentera mengidap gout macam walid juga...tapi yang nak kongsi disini ialah satu lagi penyakitnya iaitu sakit jantung yang memerlukannya hadir di IJN ikut jadual kerana sudah 4 saluran jantungnya terlibat...mulanya dua saja yang tersumbat antara sebabnya ialah merokok lepas pembedahan merokok juga maka tersumbat dua yang lain setelah terima rawatan hisap rokok daun jer katanya...Walid ingin tanya apa simptom pertama kali disahkan jantung bermasalah..Mula2 sekali katanya satu badan berpeluh..peluh besar disusuli rasa miang dan rimas sangat...lepas tu bahu dan lengan tangan kiri menjadi kebas diikuti sakit dan pedih dibahagian dada yang amat sangat katanya...Nasihat dia, kalau tiba2 seluruh badan berpeluh tanpa sebab munasabah bertindaklah secepat mungkin untuk ke hospital jangan tunggu2 lagi tanda2 lain....

<اللهم عافنى فى بدنى اللهم عافنى فى سمعى اللهم عافنى فى بصرى > Doa ajaran Rasulullah supaya Allah sihatkan badan, pendengaran dan penglihatan kita....berdoalah sebanyak mungkin pagi dan petang...itu rawatan rohani disamping makan ubat...Goutnya pun boleh tahan juga dan katanya dia ambil ubat di Klinik Dr. Shukor sahaja..klinik lain tak jalan...Walid bersetuju dengan cakap tu sebab pengalaman Dr. Shukor lebih disegi itu...kalau ke klinik lain walau terima suntikan kadang2 makan masa 24 jam baru nak jalan...Walid sekali pernah kena ketika bermesyuarat di KL tak boleh bergerak diusung oleh kawan dari JPN P.Pinang pergi ke klinik di Jln Haji Hussein kena dua jarum bayar seratus lebih, kebetulan dr tupun namanya ada ratus...kemudian berehat di hotel sebelum balik Ipoh...dah sampai Ipoh tak ada kesan sampai tengah malam baru boleh bertatih...Dr Shukor ni kalau selepas injek rehat setengah jam..biasanya ok. Orang tu kata dia tak suka sangat minta suntikan memadai dengan pil...tapi minum air kena banyak kata dia...pengalaman orang gout ler tu...no objection...

Semoga kita pakat2 jaga kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita... 

No comments:

Post a Comment