Saturday, January 1, 2011

Pak Lang n gang dari Sg Petani datang buat pondok berehat

Lebih kurang pukul 10 pagi hari ni, pak lang Nordin datang dengan tiga orang tukang dari Sg Petani untuk memanfaatkan kayu lama dalam simpanan kami untuk dibuat pondok berehat. Kayu-kayu ini asalnya adalah tiang-tiang sumbangan TNB kepada kami. Bakinya masih ada lagi setelah sebahagian besarnya digunakan untuk membuat koridor, dewan dan juga tempat makan. Pak lang memang dok intai lama dah kayu-kayu ni begitu juga dengan beberapa pengunjung kesini pun ada yang bertanya tentang kayu ni. Rupanya di Sg Petani,  kayu semacam ini sebatang 10 kaki harganya naik melambung sampai RM400 maknanya rm40 sekaki...bapak oi, dan menurut seorang tukang tu kayu macam ni ada orang sengaja tanam didalam tanah seketika supaya dimakan anai-anai kemudian digali semula...ini lagi mahal harganya..season dan antik. Teman ni tak tahu pula kayu lame ni mahe ghope tu...tapi yang teman tau kayu ghope ni kalo diketam naik seri pino mate diwatnye...

memilih kayu



lepeh diketam tengok ghope kayu tu amacam?

adeh cantiknye....



pak lang sayang nak bagi ke orang....

Hari ni hanya sempat potong, pahat dan ketam jer...Esok to be continue......

No comments:

Post a Comment