Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, January 13, 2011

Pengunjung hari ini 13/1

Menurut lapuran ummi seawal 10.30 pagi ni sudah ada tetamu yang berkunjung kesini iaitu En Wan sekeluarga membawa bersama ibunya yang ditakdirkan baru kehilangan suami tercinta baru-baru ini..mereka dari Puncak Jelapang..menurut En Wan dia pernah datang kesini tahun 2008 waktu itu pelajar Kolej Mara Banting mengadakan program dengan anak-anak disini. Kedatangan mereka hari ni adalah untuk menyumbang keasrama ini.
Pada jam 11pg datang pula Sdr Mat Tamcik membawa kawan bersamanya. Mat Tamcik bukan orang asing kepada Dar'us-salam ni kerana beliau bersama kawan-kawan dari komando 69 dan anggota PGA lain adalah merupakan tenaga penting membantu  memugar dan membina asrama ini. Mereka ada menjalankan kutipan untuk membantu maahad ini sejak ditubuhkan. Hari ini pun tujuan kedatangannya adalah untuk menyerahkan dana tersebut kepada ummi.
Jam 12 lebih kurang datang seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Halim dengan baju koprat berjumpa ummi untuk menawarkan sumbangan untuk asrama ini. Siapakah Sdr Halim ni? Dan apa sumbangannya? Kita berehat seketika jangan kemana-mana...gaya radio IKIM....
 Semalam semasa walid balik dari sekolah Taayah,,,ummi kata jangan keluar dari kereta...why? Just stay in a car...she told me. Tell me please.. why...whats going on..? I asked her..no answer..Ummi keluar dengan dompet ditangan masuk keta, jom pi kedai cari sayur...habis langsung2 Lilis tak dak bahan nak masak....
So keluarlah kita nyer kekedai sayur..dapatler beli sayur dan ikan...Nak balik tu ummi kata kita singgah restoran mana2 cari lauk yg ready made..sebab takut tak sempat masak...singgahler kat satu kedai dulunya nama Lembah Damai tak perasan pula pengurusan lain...pergi beli lauk dua jenis tokey tu tanya apasal beli banyak nor...ummi kata kami ada anak yatim...itulah kontek pointnya...Rupanya En Halim tu tuan punyer restoran Bunga Lawang yang kami singgah semalam. Dan isterinya tokeh restoran tu...suruh cari jugak2 harini kat mana asrama kami..Bila jumpa tadi sembang sakan tanya itu dan ini dan tak sangka ada anak2 yatim kat sini. Jadinya dia nyatakan hasrat isterinya nak ambil satu hari dalam seminggu utk hantar lauk kepada anak2 yatim ni...nasi saja kena masak...Alhamdulillah.. ummi pilih hari Jumaat boleh mula...
Masa En Halim sampai kami ada tetamu Hj Alias dan isteri yang datang utk booking satu tarikh bln Februari ini untuk jamuan makan tengahari...disamping ambil komputer meja yang ada masalah utk direpair....

No comments:

Post a Comment