Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, January 1, 2011

Majlis MELUR siri ke4

Majlis melentur rebung malam ini berjalan seperti biasa selepas solat Isyak. Kali ini dipengerusikan oleh che On yang menampilkan Aizat sebagai pembuka tirai dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti Rauf dengan persembahan hafazan. Hakim muncul selepas itu dengan persembahan berceritatentang Sumayyah ibu 'Ammar bin Yasir tapi tak kesampaian kerana terlupa lirik....maa. Sarah dan Basyirah pula keluar kedepan para penonton untuk mempersembahkan pantun dan teka tekti. Anas dan Rauf keluar berbalas pantun nasihat menggamatkan suasana.
Bila terbuka umum diumumkan pengerusi keluar kumpulan nasyid diketuai Sarah dengan lagu ditujukan buat ummi. Budak lelaki pula bersaing dengan nasyid juga diketuai Hafiz baru baik bersunat dengan lagu nasyid kawan. Rauf lagi sekali  keluar menyampaikan ceramah nasihat. Udin pula keluar menceritakan bagaimana nak buat roti bun dan tempura goreng...gamat dewan dibuatnya. Anas pula  keluar sekali lagi terkulai-kulai dengan persembahan dalam bahasa omputeh....Pendek kata malam ni semua keluar buat persembahan tanpa melihat kertas..... Che On menutup majlis dengan menjemput walid menyampaikan sedikit kata perangsang.  Gambar -gambar MELUR siri 4
che On pengerusi majlis....
qari jemputan Aizat dari kepulauan Komoro...hehehe..
Rauf... hafazan
hakim kantoi...kami luppaaa kisah Sumayyah...
Basyirah dan Sara jual beli pantun...
kumpulan nasyid puteri
lawan geng nasyid lelaki diketuai Hafiz
angah jadi cameraman
Rauf keluar lagi berpidato...
keluar lagi dg Anas berpantun nasihat pulak...


Udin menggamatkan majlis dg cerita buat bun kacang


ulasan dan kata peransang dr walid....




No comments:

Post a Comment