Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, January 12, 2011

Tamu Hari Ini Rabu12/1/11

Hari ni kami menerima kunjungan dari Pn Mimi dan suaminya Mus yang menghantar sumbangan dari kawan mereka.
Selepas Zohor pula datang wakil LHDN Ipoh iaitu Sdr Azrizul dan Sdr. Nik yang sudah lama tak datang.  Rasanya kali terakhir kunjungan warga Lhdn ialah pada bulan Ramadhan yang lepas dalam majlis berbuka yang agak grand juga..dengan dua canopy didirikan didepan dewan. Kedatangan mereka berdua kali ini adalah untuk menyampaikan surat dari Persatuan Kebajikan Islam Lhdn dan satu sampul berisi sumbangan untuk asrama ini dari Pn Noraini Nordin seorang kaki tangan Lhdn. Terima kasih diucapkan kepada Sdr Azrizul dan Nik dan juga kepada Pn Noraini atas sumbangan ikhlas itu.
Kemudiannya datang lori Inflow menghantar kuih seperti selalunya. Selepas itu kami juga dikunjungi oleh En Azhar dan isteri yang tinggal di Tmn Malar dekat sini dan ini adalah kunjungan pertama mereka. Yang istimewanya bagi kami ni, inilah pertama kali didatangi oleh drebar kereta api..beliau sendiri pun tertawa bersetuju kerana kalau tak silap katanya drebar ketapi seluruh M'sia hanya 700 orang jer. Mereka sebenarnya tak tahu disini ada asrama anak yatim..

No comments:

Post a Comment