Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, January 23, 2011

Tamu Hari Ini Ahad 23/1

Hari ni anak anak ni memulakan program harian mereka selepas solat Subuh dengan membaca Quran kemudian sarapan pagi...kemudian sambung lagi hingga 9 am.
Hari ni tetamu terawal ialah mak cik Munah dan suaminya En Halim yang datang membawa sumbangan kudapan pagi pukul 8 am diikuti dengan makcak dan pakcak yang datang pada pukul 9 am untuk menyampaikan wang kiriman datin jiran mereka di Puncak Meru.
Seusai solat Zohor datang pula En Zul dan isteri. Beliau ini bertugas di Majlis Bandaraya Ipoh dan selalu datang kesini tapi hari ni agak aneh juga tujuan kedatangannya....apa tu? Nak booking jamuan berbuka puasa dibulan Ramadan nanti untuk tiga kali dan beliau memilih malam Jumaat ketiga-tiganya untuk beliau sekeluarga, kakak beliau dan sedaranya yang lain..kenapa? Sebabnya bulan Ramadan lepas beliau kempunan kerana hajatnya tak kesampaian disebabkan datang last minit sedangkan dua bulan sebelum Ramadan dah penuh ditempah..Mana tidaknya bulan Ramadan lepas saja ada manusia yang telefon minta dituliskan namanya untuk hari-hari yang masih kosong...tapi kita kena berlaku adil kepada semua orang yang ingin buat kebajikan. Agaknya inilah yang mendorong En Zul kita ini datang awal buat tempahan.
Pada masa En Zul sedang memilih tarikh yang sesuai untuk morehnya datang pula Cikgu Im bekas tenaga pengajar di Giat Mara Tambun yang singgah on the way balik dari majlis kenduri....dalam masa yang sama juga datang pula En Aziz dari Wardah Carsem nak berbincang tentang pertandingan futsal antara rumah anak-anak yatim di Ipoh anjuran Carsem dan sumbangan meja semacam meja bankuasi keasrama ini.
Selepas solat Asar datang pula En Othman dan isteri dari Tm. Tanjung Mewah menyumbang kuih minum petang sebagai penutup tirai kunjungan tetamu hari ini.....Alhamdulillah...dan terima kasih kepada tetamu yang datang...Alhamdulillah ... and thanks to all the guests who came.

No comments:

Post a Comment