Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, January 28, 2011

Kami dapat sepasang arnab yang comel

Sepasang anak arnab kacukan yang comel berbulu putih gebu bertelinga kelabu kehitaman menambah koleksi peliharaan kami hari ini...barangkali menggantikan itik dan ayam yang mati dibunuh anjing semalam. Arnab ini hasil kacukan Us. Amin rakan setugas di Sek. Taayah yg punyai pengalaman dan kepakaran dalam penternakan arnab dari pelbagai spesis yang diperolehi dari Singapura dan Thailand dan tempatan...Dah lama sebenarnya pelawaan ini diterima... tapi walid minta dia datang tinjau dulu kawasan diasrama ini sesuai atau tidak dengan arnab...hari ni dia datang melihat sendiri asrama ini dan nampak tertarik dg penempatan anak-anak yatim disini...Berapa yuran yg dikenakan disini? Kita tanggung segalanya dari atas kepala sampai kehujung kaki..buku teks buku tulis,,pakaian seragam sekolah, baju program, makan minum dll...Berapa kos
bulanan..? RM6 ribu lebih setiap bulan..Begitulah dua tiga soalan dari Us Amin....selepas mengambil gambar beberapa sudut terutamanya wakaf yg baru siap tu. Ternyata menurutnya kawasan ni amat sesuai utk arnab yang memang nak tempat yang cuacanya sejuk.....Terus balik kerumahnya dan dapatlah dua ekor yang cunnnnn amat sangat.....





No comments:

Post a Comment