Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, January 11, 2011

11/1/11 LPPKN datang lagi petang ini

Petang ni lebih kurang pukul 3 budak-budak beritau ummi ada orang datang. Ummi jenguk dan beritahu orang-orang semalam tu datang lagi. Rupa-rupanya orang-orang LPPKN yang datang semalam tu datang lagi kali ini dengan boss En Jalaluddin Pengarah negeri, bawa barangan tambahan macam semalam tu.
En Jalaluddin boss Lppkn kanan n yg berbaju putih En Rahman

pn Zuraidah n pemandu
Kunjungan kali ini agak lama juga kerana  pengarah baru ni nampaknya berminat untuk mengetahui sejarah asrama dan anak-anak yatim ini dari mana kami ambil dan dari mana dana diperolehi. Majlis kemudiannya berakhir dengan permintaan boss untuk bergambar bersama anak-anak 


bergambar ramai
Bila ummi menceritakan baru-baru ini anak-anak ini dibawa melawat Melaka dalam satu rombongan anjuran BSN utk kelab penabung muda tersenyum lebar pengarah...sambil memberitahu beliau adalah orang Melaka dan setiap minggu balik keMelaka kerana isteri beliau ada farmasi disana dan beliau pelawa sorang dua anak yatim ikut keMelaka......Terima kasih atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan dan jangan lupa untuk menjenguk kami bila kelapangan..............






macam2 ada...alhamdulillah

No comments:

Post a Comment