Monday, July 18, 2011

18/7/11 Dah jumpa satu kunci

Pagi ini Hj Shafie dari Kg Tersusun Bt Lima datang bersama isteri ke asrama ini membawa durian dari dusunnya di Kg. Berchat, Changkat Jering...Banyak juga ler 55 biji saiz durian kampung kecil molek....dilonggok berhampiran ruang makan...baunya semerbak menyucuk hidung...

Entah macam mana datang idea kat ummi bila lihat lembabnya bebudak ni menghafal sifir lalu ummi offer...sapa boleh hafal sifir akan dihadiah buah durian sebiji seorang....Ya Allah...dengan umpan durian jer..depa pakat tumpu sehingga tak disangka2 ramai boleh melangkau sampai sifir 12...kalau tidak, nak habis sifir 2 pun meleleh, terkebil2 nak lepas satu satu....Jadi jumpa dah satu kunci untuk memotivasi bebudak ni...Sentuhan marah dan jerit dah tak sesuai lagi dengan budak2 yang kategori lembam ni....dengan letak durian didepan sebagai reward rupanya mengejutkan..mengalahkan teori psikologi pendidikan dan mengatasi teori Pavlov dan Skinner....sebabnya teori itu memakan masa berbulan2 sebaliknya teori ummi hanya memakan masa tak sampai sejam...stimulation terus berlaku dalam diri mereka lalu mencetuskan persaingan sihat untuk merebut reward durian.....hu hu hu..

Petang ni ada suami isteri hantar Thakif pulang keasrama setelah diambil oleh ibu angkatnya seorang jururawat selama beberapa hari...banyaklah juga kisah tentang Thakif ni diceritakan siapa bapa dia dan ibunya yang sebenar...

Maghrib tadi baru ler tiga beradik tu dihantar ke asrama oleh ibu Yati...tapi walid tak nampak batang hidung depa lagi...Ceritanya lepas kematian atuk tu muncullah ramai muka2 yang mengaku sedara mara dan memperli emak dia orang ni pasal apa beri anak kepada orang luar yang tak ada kaitan dan pertalian keluarga..pastu perli lagi ibu Yati serahkan keasrama anak2 yatim....Perangai manusia..depa tak baca si Hakeemy ni dah sepatutnya tahun 3 tak pernah sekolah, begitu juga Hafizan umur tahun 2 tak sekolah juga....tak ada siapa fikir pun tentang persekolahan depa..Mereka racuni fikiran hakeemy ni sampai tak mau datang keasrama lagi...sementara Hafizan dan Hisyam tak ada masalah langsung...happy go lucky...



Photobucket
ni projek pondok p.lang hari sabtu lepas

Photobucket


Photobucket





Photobucket
ni le durian nye....

Photobucket


Photobucket


Photobucket
yang dah lepas sifir boleh amik durian sebijik sorang

Photobucket


Photobucket
ujian sifir

Photobucket


Photobucket
tipah duk tengok orang lain dpat durian

Photobucket
Hisyam and the geng baru sampai

Photobucket


Photobucket
Muhammad baru reti senyum

Photobucket



No comments:

Post a Comment