Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, July 12, 2011

Menziarahi kematian di Sg Bakap

Kami tiga beranak; walid, ummi dan angah baru saja sampai ke rumah jam 11:30pm dari Sg, Bakap, Seberang Perai Selatan. Yang meninggal tu Cikgu Halim suami (Cikgu) Anisah jiran dan kerabat ummi dan walid di pondok Sg. Bakap. Allahyarham mengidap kencing manis, tekanan darah rendah dan kegagalan buah pinggang...berusia 56 tahun. Abang Anisah ni kawan walid namanya  Suhaimi ummi panggil pak njang dulu akauntan Risda kemudian buka bisnes sendiri sekolah memandu di Selayang. Ayah mereka nama Hj Ariffin (almarhum) walid panggil pak lang anak kepada Hjh Meah orang kaya Sg Bakap yang mewakafkan tanahnya untuk dijadikan kawasan pondok Sg Bakap tempat walid mengaji dulu. Tok Meah ini berkahwin dengan Hj Othman, datuk kepada ayah ummi Hj Abdullah. Jadi yang meninggal hari ni adalah menantu Hj Ariffin.

Sampai di sini tadi anak2 ni baru sudah selesai makan capati dan satay...Capati dihantar oleh nani angkat si Muhammad anak Indon. Satay pula disumbang oleh Pn. Rohaya peniaga satey yang dulunya pernah tinggal sekampung dengan si Aizat n sisters di Kg Terengganu, Teluk Intan. Sejak dia tahu bebudak ni tinggal di asrama ni, dah dua atau tiga kali  dia datang. Kerana rasa bersyukur budak2 ni tinggal di sini kerana dia tahu benar kesusahan mereka ni. Sekarang ni taukeh satay ni tinggal di Ipoh.

Petang ini juga sebelum kami bertolak tadi ada suami isteri datang untuk mencari tempat ni. Berkali2 telefon ummi untuk bagi petua jalan alternatif ke asrama ni..Ummi ceritalah ikut ini ikut ni....bila sampai jer walid keluar...Terpandang saja walid terus kenal En. Roslan jiran masa di Rapat Setia Baru dulu...dia pun terperasan walid...dulu En Roslan ini pensyarah di Politeknik Ungku Omar sekarang di JPN Ipoh ..datang sebenarnya nak buat moreh Ramadhan. Yang kosong ada 4 hari saja lagi....dipilihnya 15/8/11. Malam ni pun semasa ketiadaan kami ada lagi orang datang menyumbang biskut tiger dan sabun serbuk dua beg.

No comments:

Post a Comment