Tuesday, July 26, 2011

Selasa 26/7/11

Jam 9:00am pasangan suami isteri yang baru turun dari dusun durian mereka di Ulu Piah dekat sini dilorong Allah datang ke sini bersedekah buah durian mereka untuk anak2 yatim ni. Ini namanya rezki dalam ertikata sebenarnya..kenapa? Kerana semasa mereka turun dari bukit tempat dusun mereka tu, niat yang dipasang ialah untuk sedekahkan kepada anak yatim yang biasa mereka pergi...tapi telefon punya telefon tidak berangkat biarpun berkali2 dicuba..hingga kata suaminya kita sedekahkan saja kepada pelajar tahfiz di Pekan Tambun yang ada dua tiga pusat tahfiz...tapi isterinya kata mengingatkan niat asalnya nak sedekah kepada rumah anak2 yatim, tiba2 isterinya terpandang papan tanda anak yatim bertulis jawi, dan ajak suaminya patah balik dan cari...dan sampailah mereka keasrama ni...rupanya rezeki anak2 yatim Dar'us-Salam....Alhamdulillah...

Jam 10:00 gitu datang pula pasangan suami isteri juga tapi kali ini adalah bekas guru besar, yang katanya tinggal tidak jauh dari sini. Tapi tidak mencatat nama di buku pelawat walaupun ummi letakkan didepan mereka. Mereka datang untuk memberi sumbangan wang peribadi kedua-dua mereka. Tapi teringatkan mereka minta tuliskan resit dapatlah dikesan nama suaminya Cikgu Md Jauhar Md Yusuf dan isterinya Pn. Jamaliah Yusup...

Selang beberapa ketika datang pula En, Mohd Nan dari Tasek, Ipoh juga untuk menyampaikan derma peribadinya.

Kemudiannya seorang pensyarah Institut Perguruan Ipoh Pn. Suriati datang untuk meninjau tempat ini katanya yang baginya ini kali pertama berkunjung kesini..Sebenarnya yang datang hari ini semuanya muka baru yang kali pertama menjejak kaki kesini....

Serentak dengan itu juga datang dua orang pelajar UTP untuk berbincang program membawa anak2 ini melawat kampus UTP....

Jam 12:30pm datang pula Mr X untuk menghantar berjenis2 makanan ke mari...Semalam Udin bertanya beliau: Sapa nama pak cik? Tapi dia hanya tersenyum saja dan terus beredar pergi....

Petang ni lebih kurang jam 6:20pm, ada orang tersadai di balik sana sungai memanggil anak2 ni yang sedang bermain agaknya untuk mengambil beras yang dibawanya...yang pergi ambil ialah Hakim, Wandut dan dua atau tiga orang budak perempuan...pergi meniti besi gelegar jambatan yang belum siap tu...Siapa pun tak beritahu apa2. Walid ada program dalam dewan dan ummi keluar dengan angah, kak Izzah dan kak Iffah...Bahaya..bahaya...ni ummi sedang siasat dan diberitahu yang meniti ke seberang sana ialah Wandut dan Hakim...yang lain2 tunggu disebelah sini...yang pakcik tu hanya tunggu seberang sana....

Selepas solat Isya' pun ada lagi orang datang untuk menghantar beras fidyah dan sumbangan wang.

No comments:

Post a Comment