Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, July 5, 2011

Selasa 5/7/11

Makan tengahari untuk hari ini dah ada orang sponsor siap dihantar dalam polisterin tengahari ni. Ketika walid balik dari sekolah tadi terlihat bungkusan makanan dalam polisterin tersusun diatas meja, dihantar oleh orang dekat sini En. Badrul tawkeh restoran yang baru dibuka dekat Giant...Ternyata apa yang kita jangkakan menjadi sedikit masalah bila jambatan masuk kesini ditutup..Orang yang datang kesini tenggelam punca bila mereka terkandas dipangkal jambatan. Tadi pun ada seorang yang terpaksa tinggalkan vespa diseberang sungai dan berjalan kaki meniti jambatan tertutup untuk datang kemari..Walid suruh dia pergi ambil semula vespanya tu dan ikut jalan kampung. Kerana disini kawasan penagih dadah yang sekelip mata boleh bertindak diluar jangkaan kita. Pernah sebuah bas Maktab Mara Banting yang parkir diseberang sungai kerana pelajar2 Maktab tersebut ada program dengan anak yatim kita telah kehilangan bateri untuk air-cond dalam masa sekejap jer...

Walid hari ni balik awal kerana terasa kaki berdenyut2 sakit,  balik berehat dan tidur..sedar2 dari tidur, kaki  dah tak boleh pijak terpaksa terjengkek2 pakai tongkat..gout...atau go out. Solat atas kerusi ler...Mau makan masa dua atau tiga hari...lagu ni punya gaya...

Pukul 7:00pm tadi anak2 ni dijemput ke rumah Dato' Azumu untuk majlis baca yasin menyambut Ramadhan, angah dan kak Izzah ikut sama...

No comments:

Post a Comment