Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, July 9, 2011

Sabtu 9/7/11

Tengahari tadi anak2 ni dijemput ke majlis kenduri kesyukuran menyambut Ramadhan di sebuah rumah berhampiran Kg Melayu Rizab ni juga..pergi berjalan kaki jer. Cuma tiga orang tertinggal kerana lambat..siapa? Thakif yang terkenal suka makan, Hakimi dan Hafizan...Orang lain semuanya siap dah nak bertolak depa baru terkial2 nak mandi....elok lah kena tinggal pun.

Muhammad si anak Indon pula hari ni dilawati opah yang sempat jaganya dua bulan tu hari,..senyap jer tak bunyi suara, opah tu tanya seronok ke disini ramai kawan, angguk. Ditanya teringat lagi ker kat mak dia (yang menghilang diri) tu. Diam jer...Ditanya nak balik ikut nani (opah) ker, geleng kepala tak nak...Opah tu ada bawa jajan untuk bebudak di sini.... Yang tertinggal tiga orang ni pulak makan pulut kuning dengan rendang daging....Apa kata si Thakif? menyatakan penyesalannya..."Kalau nak pegi pun oghang dah nak balik nak buat ape..kalu dia oghang kate sedap pun diam jer ler apa nak buatkan..." budak ni sejak datang sampai sekarang agenda utama dia adalah makan...kiranya hari ni cukup miss ler...setiap orang yang pergi tu dapat duit poket lagi..Si Thakif ni setiap kali orang ngaji kat surau dia akan cari alasan keluar untuk minum dan landing kat meja makan....bab cakap memang pandai...Sekarang ni agak malu sikit sebab angah selalu ajuk loghat Peghak dia..," abang kalu makan dalam gelap pun abang boleh telan,,,hantu abang tak takut..."Terkebil2 dia dengar sambil tersenyum malu....sekarang dah tukar gaya cakap dah tak kata abang lagi tukar kepada Thakif pulak.

Ada pembaca komen naper dah lama tak upload gambar...kami punya kamkoder ada masalah, hari ni angah bawa ke kedai kamera di Giant, Lost World...Si cina tu pun ambil dan cuba memory card pada kamera lain2 jenama..setakat ini tak dapat dikesan kata dia kat angah..Isnin ni baru dia bagi jawapan apa puncanya...Di kedai tu juga ada promosi kamera lama diambil dengan harga RM100...walid ada kamera Olympus beli di Langkawi dulu dah rosak... tolak yang tu ambil kamera digital baru  jenama Casio 14 mega pixel.. 

Petang ni mereka dijamu laksa Kedah pula. Lama tak pekena laksa, ummi pi dengan angah dan kak Izzah ke Padang Polo cari laksa Kedah, Taukehnya dulu pernah menyumbang beras dll ke asrama kami. Bila dengar anak yatim dapat ler diskaun dari RM87 dikurang kepada RM50..Yang Si Udin pula hari ni berguling2 kat atas lantai bilik makan ni sebabnya sakit gigi...bagi ubat tahan sakit pun masih menangis, kemudian bagi minum air penawar dan suruh tidur disurau lepas Asar....Lepas Maghrib angah bawa ke kelinik gigi nak pergi cabut....5 minit dalam kereta sembang elok macam tak sakit apa2...rupanya nak kata dia dah tak sakit dah...perangai takut kat doktor..angah terus juga bawa ke klinik jumpa doktor..doktor pun bagi ubat tahan sakit jer kena RM40 ...balik ler dengan ubat tu..sebab dia kata tak sakit dah...Tu kira antara anak yatim yang paling lasak oi...takut jumpa doktor...

berikut ialah gambar2 yg diambil menggunakan kamera baru.....





Photobucket

Photobucket
tekukur datang tumpang cari makan




Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
hanya ini yang tinggal



Photobucket
angsa bermain hujan




Photobucket

Photobucket
udin telan ubat tahan sakit...





No comments:

Post a Comment