Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, July 6, 2011

Rabu 6/7/11

Dah tiga hari lah kak Izzah mengajar anak2 yatim ni berbekalkan semangat Pondok Modern Darussalam Gontor yang amat dikagumi semasa lawatan di sana baru2 ni...Budak2 pun suka dan kelas dapat dikontrol dengan baik..seperkara lagi budak2 ni bagi respon dengan baik...Muhammad anak Indon tu kerjanya kemas dan cepat siap..tercabar Hisyam dengannya sementara Thaqif pula agak malas walaupun berpotensi sebenarnya...kena cari suis yang sesuai dengannya. Hari ni Muhammad hilang dua batang gigi ditumbuk Thakif tapi tak nangis..Thakif pulak takut kena marah bukan main lembut lagi bagi ekskius dia ter ajer... Satu kelas nak buat persembahan malam Melur ni nak persembahkan  nasyidra...minta nak buat latihan dah...

Angah pula lebih suka kerja dapur memasak membantu ummi kerana dia suka memasak...mengajar ni kurang sikit..kerana nak jaga kesihatan ummi katanya dan tak benarkan ummi angkat itu ini yang berat..beli ikan dan sayur dia yang bawa ummi.

Tamu hari ni ialah En. Kamarul  Bandar Baru Tambun yang isterinya bekerja di Cameron Highland  datang menghantar kek coklat besdey anak perempuannya. Suami isteri ni adalah tergolong dalam senarai penderma tetap kami..tapi pagi ni terpaksa jalan kaki kemari kerana motosikalnya tak boleh menyeberang jambatan...

Malam ni ummi tertidur didapur...kerana masak nasi..Sebenarnya tak payah tunggu ler sebab pakai rice cooker..tapi nak cari ilham apa lauk untuk sahur nanti...sampai tertidur...

No comments:

Post a Comment