Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, July 8, 2011

Jumaat 8/7/11

Sewaktu walid balik dari sekolah tadi ada suami isteri dari Kg Tersusun Bt 4 Pn Noraine dan suami berkunjung ke asrama berbual dengan ummi dan menyampaikan sumbangan. Dalam pada itu walid juga mendapat panggilan dari Ju Ayam Bing yang minta satu tarikh untuk berbuka di bulan Ramadhan. Seorang lagi wanita yang berhajat untuk menjemput anak2 ini kemajlis jamuan di rumahnya pada 15/7 dan En Razlan dari Surau Abdul Rahman Auf yang mintakan satu tarikh untuk menjemput anak2 ni berbuka di sana. Untuk bulan Ramadhan ini dah hampir penuh pun hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Petang ini pula Kak Roy telefon nak hantar makanan petang berupa aneka  jenis bubur serta kueh karipap dan kueh talam...kenduri kesyukuran kerana pencapaian anaknya yang memberansangkan untuk sambung belajar keperingkat degree..oleh kerana Kak Roy tak tahu jalan alternatif ke asrama ini makanya ummi minta dia tunggu ummi di masjid Tambun. Sementara ummi pula keluar dengan angah untuk hantar contoh baju kepada Warisan Hj Jermadi, sebuah syarikat anak beranak Hj Jermadi yang nak sumbangkan baju raya kepada anak2 yatim ni.

Jadi petang ni anak2 ni disajikan dengan bubur dan kueh mueh sumbangan Kak Roy ni dan makan malam akan ditunda selepas Isya'....

Malam ini adalah malam MELUR ke 28 dan akan dipengerusikan oleh Danial...

No comments:

Post a Comment