Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, July 7, 2011

Khamis 7/7/11

Semua orang berpuasa hari ni seperti kebiasaannya. Ada juga sosek sosek mengatakan Thakif kerap kebilik air basuh muka...yang repot tu Wandut..buat tak dengar jer lah..

Hari ni ummi masak gulai asam pedas dengan ubi kayu... Ubi kayu ni dicabut semalam lagi oleh Si Jamal dan entah sapa lagi yang tolong dia mungkin Meon kut ..Walid cadangkan masak macam tu untuk mempelbagaikan resepi...budak2 ni ingat ubi kayu hanya untuk dibakar jer.

Satu perkara nak cerita bagi, tanah kami teroka ni dulunya penuh dengan ubi kayu yang amat sedap dimakan...mungkin ada kaitan dengan komposisi tanah dan airnya...bila kami pugar tanah ni dulu selalu juga pergi cabut ubi kayu yang tumbuh liar ni untuk direbus rupanya sedap sangat2 hingga ada orang KL yang bertandang rumah anak dia masa tu yang kami beri ubi kayu ni, dia minta lagi esoknya sebab rasanya berbeza banget.

Banyak ketul juga Jamal dapat. Sebahagiannya kita masukkan dalam gulai asam pedas...Fuhh licin disapu..Selain asam pedas ada sambal tumis ikan nyok2, sambal belacan dan timun. Masa berbuka tadi suasana jadi senyap sepi....Nasi habis dan segala2nya disapu bersih...

Lepas solat Isya' acara seterusnya ialah bakar ubi kayu ler...Angah kata nampak depa lapar jer. Habis semua ubi yang dicabut tu dibakar...yang makannya ialah budak2 tahfiz dan menengah dan tentunya Jamal sama... cicah dengan gula jer....habis!!

No comments:

Post a Comment