Saturday, July 16, 2011

Sabtu 16/7/11

Pagi ini kak Izzah dan kak Iffah mula menjalani kursus di sekolah memandu dekat sini...Lima jam mereka akan berada disitu kalau tak silap. Sementara mereka pergi itu Paklang Nordin bersama isteri pula datang pagi ini untuk meneruskan projek pondok/wakaf yang nak diubah suai bentuk bumbungnya...Hari ini tidak bawa tukang bersamanya cuma bagi memudahkan kerja akan datang khidmat bebudak kita digunakan..bumbung genting diturunkan beserta kayu kekuda dan kibar layar..nanti tukang datang terus naikkan struktur bumbung lima agar lebih kemas dan mantap.

Pagi ni juga ada pelajar kolej perubatan dekat sini kesemuanya perempuan datang nak ziarah walid yang diberitakan kepada mereka tak sihat molek....mereka singgah untuk bertanya khabar kemudian ke Manjoi menghadiri majlis tahlil arwah bapa kawan mereka.

Sementara itu disebelah petang pula sekitar jam 7:00pm anak2 ni dijemput dengan bas sekolah ke Tm. Rapat Koperasi, Rapat Setia untuk majlis tahlil dan doa selamat. Sepatutnya lebih awal lagi perginya tapi Pak Din drebar bas tersebut tidak dimaklumkan tuan rumah yang jambatan tidak boleh digunakan walhal walid dah explain kepada En. Saipol tuan kenduri yang hubungi menerusi telefon tempohari mana jalan alternatif yang perlu di ikut...mujurlah bas sekolah itu betul2 ngam masuk terowong tu...

Kiranya sekarang ini lengang dan sunyi ler asrama ni....walid dan ummi pun ambil kesempatan untuk walking meronda melihat progress kerja jambatan itu...berpeluh juga ler...

Lebih kurang jam 10:30pm anak2 ni balik dari Rapat Setia, perut kenyang..dapat pula RM15 setiap orang disamping beberapa biji buah durian... 

No comments:

Post a Comment