Friday, July 1, 2011

Jumaat 1/7/11

Sajian tengahari untuk hari ini disponsor oleh Restoran Bunga Lawang..Walid balik dari sekolah untuk ingatkan ummi tuperware yang diminta oleh Pn. Haliza tak dihantar lagi, jadi walid ajak ummi ikut sekali. Waktu tu dah hampir jam 12.Yang lucu hari ni ummi suruh Danial yang ikut walid ke sana..sampai di restoran tu dia terus letakkan saja bekas tu kemudian balik kekereta...walid kata kat dia pergi jumpa makcik kat dalam beritahu dah hantar tupperware..dia pun masuk dan jumpa taukeh...Pn Haliza kata lauk belum siap masak...nanti datang semula..

Lepas tu walid pergi ke Giant keluarkan duit dan bayar bil. Kemudian ke kedai tayar utk tukar dua biji tayar depan yang dah botak...Dah dekat nak siap Pn Haliza sms khabarkan lauk anak2 dah siap boleh ambil...Walid pun pergilah dari kedai tayar dengan Danial ni..
Sampai di sana Danial yang masuk untuk ambil dua bekas tu, kebetulan pula masa tu ada lori nak keluar dari lorong restoran..walid terpaksa kedepan nak bagi ruang kat lori dan masa tu juga si Danial masuk...Teruslah jalan...ditengah jalan Pn Haliza sms lauk dah siap boleh datang ambil...rupanya Danial ni ambil tanpa bagitahu sapa2 pun disitu....Dan walid terima lagi sms dari sana..ada buah dan sambal belacan tertinggal...Walid balas kata tak payahlah sebab nak bersiap ke masjid dah masa tu....Tu lah cerita Danial si Lanca...kelangkabut macam cina tarik lanca zaman dulu2...Lepas Jumaat En. Halim datang sendiri hantarkan buah dan sambal tu...

Petang ni angah bawa ummi ke Kg Gajah untuk berjumpa Dr Jamal Homeopati untuk dapatkan rawatan susulan.

Apa khabar orang Kaherah...bagaimana pelajar2 kita di sana?

No comments:

Post a Comment