Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, April 10, 2011

Ahad 10/4/11

Terlupa nak cerita kami dapat daging  kambing aqiqah dari seorang yang tak dikenali tapi dibawa ke sini oleh Sdr. Shaila, tuan aqiqah tu bekerja di P.Pinang dan mewakilkan Shaila untuk menghantar ke sini. Tengah hari ni budak2 ni akan makan sup kambing...

Pagi ini 4 orang dari anak2 yatim kami terlibat dalam pertandingan nasyid dan mereka diminta berkumpul diperkarangan masjid jamek Tambun jam 7am, dihantar oleh abg Kamarul. Yang lain seperti biasa mengaji Quran, selepas mengaji  mereka bersarapan roti canai kemudiannya  menguruskan pakaian mereka untuk dimesin melibatkan kumpulan lelaki dan perempuan...yang tidak terlibat dengan giliran kerja dibenarkan main congkak dan karum untuk hari cuti Sabtu dan Ahad sahaja.

Pn Azian dari Tm. Perpaduan datang dua beranak untuk menyumbang wang ke asrama ini dan ini adalah kali ketiga beliau berziarah ke sini..

Lebih kurang jam 11.30 datang En. Ridhwan dan kawannya dari Tambun datang memberi beras fidyah. Bila ditanya pernahkah datang sebelum ini, katanya ini kali pertama dan dia dapat tahupun dari seorang kawannya yang mencadangkan bayar fidyah puasa isterinya yang sakit tempoh hari ke rumah anak yatim Tambun, lalu dia datanglah mencari ke sini...

Jam 3:00pm 4 orang pelajar dari Kolej Perubatan DiRaja Ipoh datang melawat dan berkenalan dengan anak2 yatim ni sambil membawa biskut dan roti bun untuk anak2 ni...lama juga mereka berbual bertanya itu ini hingga jam 4:30...

Selepas Asar datang pula Pn. Aniza dari Tm. Meru Ipoh  membawa bihun goreng dan kueh2 untuk jamuan petang, selepas jamuan seperti biasa anak2 ni terus mengaji..... sementara walid dan ummi keluar sekejap ke Giant untuk masukkan wang kepada kak Izzah yang kehabisan duit dan sedang menunggu di bank di UIA sebab memang elek pochiiik  kerana ummi terlupa nak masukkan duit.....

No comments:

Post a Comment