Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, April 19, 2011

Laporan Selasa 19/4/2011

Hari ini cuaca agak panas dari pagi hingga 4:30 petang dimana hujan turun agak lebat juga.. Tetamu yang berkun jung ke asrama  hari ini boleh dikatakan ramai juga..

Antara yang datang jam 11:00am ialah suami isteri dari syarikat Warisan Hj Jumadi yang memiliki kedai sayuran dan keperluan dapur di Tm. Perpaduan.. mereka membawa sumbangan wang dan barangan dapur...
Kemudiannya datang pula Kak Munah dan keluarga menghantar kari ayam..dari Rumah Pangsa Ashby Road seperti yang dijanjikan dalam perbualan telefon semalam..

Sebaik saja Kak Munah and the gang beredar pulang datang pula Us. Zaki dari Bndr Baru Putera membawa kiriman orang berupa wang infak wajib untuk asrama ni..mereka tidak dapat menunggu lama kerana ada urusan lain..dalam masa yang sama pak cak dan mak cak datang dari rumah mereka dari Puncak Meru untuk mengambil beg tangan yang tertinggal baru2 ni.

Kemudian datang pula En. Amir setiausaha Surau Abd Rahman Auf Tm Rapat Koperasi Rapat Setia untuk menyumbang beras.

No comments:

Post a Comment