Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, April 6, 2011

Rangkuman cerita hari ini Rabu 6/4/11

Pembelajaran berlangsung seperti kebiasaannya cuma pagi ini ummi mengajak dikemaskan perpustakaan mini yang baru dirasmikan supaya lebih lengkap tapi hanya melibatkan kelas menengah sahaja..

Cina bengkel besi yang memasang palung air baru2 ni datang jam 9:40am untuk menyambung kerja yang belum sempurna..Hujan petang yang boleh dikatakan saban hari turun telah menyebabkan asrama lelaki kebanjiran dua tiga kali...dengan pemasangan palung ini diharapkan masalah banjir boleh diatasi dan kita tengok nanti kesannya bila hujan lebat...bebudak ni pun satu hal juga bila ada palung didepa pintu asrama, ada yang bergayut hingga pecah dan patah...bila ditanya semua tak ngaku...

Selain cina besi, yang datang petang ini ada beberapa orang diantaranya dua orang yang datang meninjau pertama kali ke asrama ini untuk melihat keadaannya...salah seorangnya pernah mengalami keyatiman sejak kecilnya.

Selepas itu datang wakil dari the Lost World of Tambun untuk melihat perpustakaan mini yang disumbangkan oleh Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) UniKL BMI...

Sekembalinya wakil Lost World datang pula Inflow yang membawa sajian kueh petang seperti kebiasaannya..
Kemudiannya kami keluar ke bank..

No comments:

Post a Comment