Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, April 11, 2011

Isnin 11/4/11 Cerita hari ni...

Hari Isnin seperti yang sedia dimaklumi oleh warga Dar'us-Salam adalah hari berpuasa..bila walid balik dari sekolah sengaja acah budak baru si Hakeemi..dah makan ke? Apa katanya, isy ustaz ni kan hari ni puasa....adiknya yang paling muda, kentoi dan petah pun bila ditanya puasa tak?Jawabnya..puasa tapi Hisam minum air masak sket je...dia juga tak mau mengalah dan tahan juga sampai jam 1:30pm...Ketiga2 orang budak ni nampaknya berpotensi..senang faham..sekali ajar dapat terus..tanpa teragak2. Tadi walid sengaja panggil Hisyam suruh ambil Iqra'. Dia baru sampai A Ba Ta Tha kemudian perkenalkan huruf Ja kepadanya...baru dua kali sebut Ja dia dah terus kenal huruf dan bunyi sekaligus tak ada teragak2 lagi...mudah2an jadi bagus depa ni...

Tamu pertama datang hari ini jam 10:00am, ustaz dari Ma'ahad Tahfiz belakang pekan Tambun datang untuk menyampaikan sumbangan wang yang diserah orang kepada mereka minta disampaikan kepada asrama ni kerana orang tu  cari tak jumpa..

Jam 11:00 am datang En. Mohd Noor dari Tm Soon Choon membawa biskut. Di ikuti oleh Hjh Aina dan suami dari Maahad Tahfiz Sektow yang juga membawa sumbangan kiriman orang...

Jam 3:00pm kami pergi ke K.Kangsar menghantar Izzati balik ke Sekolah Idrisiah..dan balik jam 5:15pm selang tak lama selepas itu datang pengurus kantin Raja Perempuan School En. Tajudin dan isteri menghantar kueh popiah untuk makan petang anak2 ni...masa itu juga sampai En Azmi antara penyumbang tetap kami juga, kali ini datang untuk menyampaikan sumbangan bagi pihak adik perempuannya...sebaik saja En Azmi beredar datang pula kereta merah iaitu En Mohamad dari UK Raya, Ulu Kinta juga untuk menyampaikan sumbangan wang...mereka ni adalah pengusaha An-Nusyrah yang ada kilangnya di kawasan IKS Mara Ulu Kinta...Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment