Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, April 13, 2011

Rabu 13/3/11 Rangkuman cerita hari ini

7 orang yang terpilih untuk pengajian tahfiz yang masuk hari kedua ni nampaknya menukar cara hidup mereka untuk tidak membuang masa dan masing2 berusaha untuk menghafaz ikut kemampuan. Malam tadi kita minta mereka yang terlibat supaya mandi dan solat sunat taubat untuk memasuki alam baru mendampingi Al-Quran kerana hati yang bersih suci sahaja yang akan dimasuki Al-Quran...Jadi pagi ini adalah untuk tasmi' apa yang dihafal didepan ustzh Zaharah...kerana ustaz Fitri masih tak dapat untuk bermalam disini sehingga lepas Subuh sebagaimana yang kita rancang...

Kelas2 lain berlangsung seperti biasa mengikut jadual dan tidak ada masalah. Begitu juga 3 budak baru itu pun dah biasa dan boleh menyesuaikan diri termasuklah si Hakeemi si abang yang dulu asyik nak balik sekarang dah tak sebut lagi benda tu....Cuma Wan budak Kampar dan Atifah agak terkebelakang dan tidak menyerlah macam yang lain2...

Hari ini kami dikunjungi seawal jam 9:00am oleh tiga pegawa dari KWSP yang masing2 datang untuk menyumbang. Antara mereka ada yang pernah datang ke sini dalam program berbuka tempoh hari di bulan Ramadhan tahun lepas yang dianjurkan oleh Persatuan Kaki Tangan Islam KWSP Ipoh...

Dan tamu yang lain ialah En Zul dari Tm Hiburan yang menyumbang durian yang dibeli dari Gopeng katanya untuk disedekahkan kepada anak2 di sini...

Selain itu yang datang juga untuk sajian petang ialah lori Inflow yang selalu disebut disini datang dua atau 3x seminggu untuk menyumbang kueh mueh kepada anak2 ni...

No comments:

Post a Comment